Pengulas mengenali sosok kepengarangan Usman Awang sebagai penyair dan Sasterawan Negara yang ketiga. Pengulas gemar membaca puisi “Kurang Ajar” nukilan beliau pada baris “suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar” benar-benar menyengat dan mendalam maksudnya. Selepas membaca biografi beliau, pengulas sedar bahawa “Tulang-tulang Berserakan” merupakan satu-satunya novel yang dikarang oleh Usman Awang. Terima kasih buat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menerbitkan semula karya-karya Sasterawan Negara dalam Edisi Malaysia Membaca.

Kategori: Ulasan Buku

Buku Sejarah Perisikan di Malaysia ini mempunyai 16 bab secara keseluruhan termasuk pendahuluan dan kesimpulan yang membincangkan tentang kegiatan perisikan di negara ini ketika era Perang Dunia Pertama (PD1), Perang Dunia Kedua (PD2), pemberontakan (Insurgensi) Parti Komunis Malaya (PKM) dan Konfrontasi Indonesia – Malaysia. Kegiatan perisikan telah wujud sejak zaman tamadun awal manusia lagi. Seni Peperangan yang merupakan karya Sun Tzu amat mempengaruhi dunia perisikan Tamadun China dan Jepun. Manakala Arthasastra, hasil tulisan Kautilya menjadi rujukan penting dalam Tamadun India.

Kategori: Ulasan Buku

Buku ini membicarakan sejarah Kerajaan Melayu secara lengkap dan menambah mewarnai buku sejarah dalam Siri Sejarah Nusantara, iaitu mengisahkan sejarah kesultanan Melaka dari mula dibuka oleh Raja Permaisura sehinggalah tewas di tangan Portugis pada 1511.

Kategori: Buku Baharu

Dunia kanak-kanak penuh imaginasi indah dan penuh warna-warni. Namun begitu, tanpa dorongan dan kasih sayang keluarga, umpama hidup mereka kontang dan mati jiwanya. Dalam keterbatasan masa untuk mendidik, bimbinglah mereka dengan mencorakkan akhlak yang baik, agar mereka mampu mengawal emosi sendiri. Novel ini memperlihatkan kesedihan Adam yang terpaksa mengikut keluarganya berpindah. Adam cuba melupakan kesedihannya dengan melukis kartun kesukaannya, Angry Bird.

Kategori: Buku Baharu

Tumu dan Sahabat Rimba mengisahkan pengembaraan Tumu dan sahabat rimba menyaksikan rama-rama yang indah. Tumu sangat teruja dan ingin cepat pergi ke tempat rama-rama. Akibatnya, Tumu telah terjatuh ke dalam lubang perangkap yang digali pemburu. Kaki Tumu terseliuh dan tangannya luka tercucuk duri. Adakah Tumu berjaya diselamatkan oleh sahabat rimba?

Kategori: Buku Baharu

Buku ini memuatkan hasil penyelidikan lapangan di Lembangan Sungai Saribas dan sistem sungai di sekitarnya. Aspek penting yang difokuskan dalam buku ini merangkumi bahasa dan lisan masyarakat Melayu dan Iban, iaitu dua komuniti dominan di wilayah tersebut. Pada era tahun 1990-an, kesukaran jaringan perhubungan ke wilayah tersebut menyebabkan peneliti kurang tertarik untuk meneroka khazanah ilmu bahasa yang baik – yang terpendam di tengah-tengah kawasan paya mahupun di kawasan pedalaman yang terpencil.

Kategori: Buku Baharu

Cerpen-cerpen yang dilahirkan penulis wanita dalam Antologi Seratus Rumah yang Sunyi setebal 183 halaman ini mempersembahkan tema-tema menarik dan dapat mencetus keinginan pembaca sehingga ke akhir penceritaan setiap cerpen.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1063347
    Visit Today : 1076
    This Month : 11600
    Total Visit : 1063347
    Hits Today : 3849
    Total Hits : 4366634
    Who's Online : 9
  • Kategori