Buku ini membicarakan sejarah Kerajaan Melayu secara lengkap dan menambah mewarnai buku sejarah dalam Siri Sejarah Nusantara, iaitu mengisahkan sejarah kesultanan Melaka dari mula dibuka oleh Raja Permaisura sehinggalah tewas di tangan Portugis pada 1511. Segala peristiwa penting yang berlaku dalam masa lebih satu abad terakam dalam sejarah kerajaan Melayu teragung ini. Melaka turut diperintah oleh beberapa orang Raja Melaka yang pertama hingga keenam, iaitu Pemerintahan Permaisura Iskandar Syah, Sultan Megat Iskandar Syah, Seri Maharaja (Raja Tengah) atau Sultan Muhammad Syah, Sultan Abu Syahid, Sultan Mudzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah.