Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, diplomasi bermaksud seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa. Manakala multilateral melibatkan penyertaan banyak pihak atau negara seperti dalam pertubuhan dunia, perjanjian atau pakatan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, diplomasi bermaksud kecekapan mengurus perhubungan rasmi antara satu negara dengan negara lain. Oleh hal yang demikian, diplomasi multilateral bermaksud mana-mana negara atau pihak yang terlibat secara bersemuka untuk menyelesaikan sebarang masalah sama ada secara dialog atau perbincangan melalui pertubuhan dunia dan serantau, perjanjian atau pakatan.

Kategori: Ulasan Buku

Menunggu Pesawat ialah kumpulan sajak yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Zurinah Hassan melalui pemerhatiannya yang rencam dan tajam bagi menentukan ragam dalam tema sajak yang ingin disampaikannya. Zurinah Hassan merupakan Sasterawan Negara Malaysia yang ke-13 dan sebelum ini pernah menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) pada tahun 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN) pada tahun 2013.

Kategori: Ulasan Buku

Bertamu ke kampung suku Temiar Bukit Kala, Batu 12, Gombak telah mendorong saya menelusuri beberapa budaya unik masyarakat minoriti ini. Temiar merupakan suku Senoi, suku orang asli terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain Temiar, suku Senoi terdiri daripada Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mah Meri.

Kategori: Warisan

Buku ini memaparkan secara terperinci konsep keseimbangan sosial berdasarkan dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan sunah. Perbincangan buku ini tertumpu pada cara bagaimana Islam mewujudkan keseimbangan sosial dalam masyarakat dan mengenal pasti faktor-faktor yang boleh mewujudkan ketidakseimbangan sosial. Kupasan yang diberikan penulis tidak hanya berlegar dari sudut teori malah membawa pembaca untuk menilai keadaan sosioekonomi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia menjadikan tugas kerajaan untuk mencapai keseimbangan sosial semakin mencabar. Keberkesanan dalam beberapa usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang ekonomi dan sosial telah dianalisis secara kritikal oleh penulis.

Kategori: Buku Baharu

Kita Hilang Segalanya mengandungi 81 buah puisi dengan memaparkan tema keagamaan, manusia, sosial, politik dan ekonomi. Gagasan idea terhadap kehidupan masyarakat yang bergolak dalam kemelut diri dan persekitaran pengarang disentuh secara tersirat. Lontaran pengalaman yang memukau perasaan dengan penggunaan bahasa figuratif dan penggunaan gaya yang mengekalkan keindahan puisi yang memiliki unsur0unsur didaktif tersulam indah penuh ketersiratan falsafah Melayu.

Kategori: Buku Baharu

Mimi, seekor anak ikan amat gembira bertemu dengan anak katak. Mimi bermain dengan anak katak sehingga malam. Ibu ikan berasa sangat bimbang. Dengan bantuan kura-kura, ibu ikan berjaya menemui tempat bermain Mimi dengan anak katak. Apakah yang berlaku pada Mimi dan anak katak? Bacalah Kasih Si Ibu Ikan untuk mengetahuinya.

Kategori: Buku Baharu

Bahasa sukuan mempunyai nilai sentimental dalam kalangan pelbagai suku kaum di Sarawak. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan daftar kata bahasa sukuan Sarawak ini merupakan kesinambungan penerbitan daftar kata bahasa sukuan yang telah diterbitkan sejak dahulu. Daftar kata ini memuatkan sebanyak 7337 kata yang dilengkapi dengan padanan dalam bahasa Melayu โ€“ bahasa Kenyah Cebup. Daftar kata ini merupakan kosa kata yang telah dikumpulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama beberapa orang rakan penyelidik yang terdiri daripada penutur jati bahasa Kenyah Cebup melalui Projek Pembinaan Manuskrip Daftar Kata bahasa Sukuan Sarawak.

Kategori: Buku Baharu

Apabila doktor mengesahkan bahwa tulang ibu jari kaki saya telah patah tiga (fraktur), patah rasanya hati ini. Luluh jiwa raga. Doktor telah menayangkan pada saya imej sinar-X yang menunjukkan tulang ibu jari kaki saya yang telah patah tiga itu. Jelas kelihatan jalur patahnya berwarna hitam.

Kategori: Bicara
  • Arkib

  • Statistik

    1047193
    Visit Today : 809
    This Month : 29792
    Total Visit : 1047193
    Hits Today : 2000
    Total Hits : 4296802
    Who's Online : 9
  • Kategori