Buku ini memuatkan hasil penyelidikan lapangan di Lembangan Sungai Saribas dan sistem sungai di sekitarnya. Aspek penting yang difokuskan dalam buku ini merangkumi bahasa dan lisan masyarakat Melayu dan Iban, iaitu dua komuniti dominan di wilayah tersebut. Pada era tahun 1990-an, kesukaran jaringan perhubungan ke wilayah tersebut menyebabkan peneliti kurang tertarik untuk meneroka khazanah ilmu bahasa yang baik – yang terpendam di tengah-tengah kawasan paya mahupun di kawasan pedalaman yang terpencil. Kini dengan kemajuan prasarana pengangkutan, para penyelidik berhasil melakukan kajian secara insentif dan meluas bagi melengkapi lompong ilmu yang ada.

Sepintas lalu, buku ini bermula dengan memperkenalkan latar belakang kawasan Saribas, diikuti dengan sorotan linguistik dialek Melayu dan sosiolinguistik komuniti wilayah tersebut. Buku ini turut menjejaki lingkungan persebaran variasi Melayu Saribas melalui Sungai Krian dan Rajang serta kawasan berhampiran dan juga memuatkan analisis linguistik dan sastera lisan bahasa Iban, iaitu bahasa lingua franca utama di seluruh lingkungan Saribas. Sesungguhnya, ilmu pengetahuan dan dapatan kajian yang terhimpun dalam buku ini menjadi langkah awal dalam melestarikan khazanah warisan peribumi Sarawak

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044418
    Visit Today : 839
    This Month : 27017
    Total Visit : 1044418
    Hits Today : 2769
    Total Hits : 4287742
    Who's Online : 13
  • Kategori