Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur mengambil inisiatif mengadakan Bicara Bahasa 2020 Siri Kedua bertajuk “Cabaran Guru Bahasa dalam Pendidikan Orang Pekak” pada 6 Ogos 2020 yang lalu.

Kategori: Bicara

Program Canai Bahasa dan Sastera Bil. 4/2020 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Jun 2020 di Anjung DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Program ini juga boleh ditonton di laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Program yang dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) ini membincangkan tajuk “Komposer Muda Kontemporari” oleh dua orang komposer muzik, Ikhwan Fatanna dan Adeep Nahar, serta Liza Ramli sebagai moderator.

Kategori: Bakat

Dialek atau loghat daerah mempunyai pelbagai ragam bahasa, pengaruh dan menjadi ciri tertentu dalam kalangan penutur bahasa di sesuatu tempat. Program ini memberikan maklumat yang berguna tentang loghat Kedah kepada masyarakat.

Kategori: Bicara

Asas budaya merupakan perkara utama yang memimpin diri manusia dalam bertingkah laku. Jika ditanya mengenai definisi budaya, pelbagai definisi dan perspektif yang boleh dikongsi. Budaya bukan sahaja sesuatu yang boleh dikaitkan dengan etnik, budaya juga boleh dikaitkan dengan perkara lain seperti budaya kerja, budaya ekonomi, budaya kelompok atau kumpulan dan sebagainya. Dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan dalam memberi definisi budaya khusus mengenai budaya masyarakat yang berlaku di Malaysia. Definisi budaya oleh penulis lebih bersifat dari segi perspektif sosiologi. Dalam penulisan ini juga, penulis akan memberi dua jenis budaya berasaskan etnik, iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan.

Kategori: Warisan

JASNI MATLANI telah mengabdikan dirinya dalam bidang penulisan lebih daripada 30 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menghasilkan cerpen, puisi, dan esei yang disiarkan dalam majalah dan akhbar. Selain menghasilkan novel dan skrip teater, beliau memimpin persatuan penulis, membentangkan kertas kerja, kolumnis akhbar dan membimbing penulis muda menjadikan pengalaman berharga kepada beliau.

Kategori: Ulasan Buku

RAMAI dalam kalangan kita menyedari dan memahami kedudukan bahasa Melayu dari sudut perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Namun tidak kurang juga yang masih memandang sinis status bahasa Melayu sebagai “pelantar” yang signifikan bagi perpaduan dan pembangunan negara. Salah satu martabat bahasa Melayu yang perlu dipertahankan ialah unsur kesantunan berbahasa.

Kategori: Ulasan Buku

“Sumber ilmu itu amat luas dan yang membatasi masyarakat dalam mencapai matlamat utamanya ialah pandangan dunia, akhlak dan syarak. Kita hanya mampu mempelajari dan memahami ilmu yang bermanfaat bagi diri masing-masing dalam jangka hayat yang terbatas dan sesuatu yang mustahil bagi seseorang yang mahu menghabiskan masa hayatnya untuk mengkaji semua perkara,” jelas Wan Mohd Nor.

Kategori: Bicara

Pulau Bidong merupakan sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia yang terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang iaitu di Laut China Selatan. Pulau Bidong telah diwartakan sebagai sebuah Pulau Warisan Negeri dan dijadikan pusat penyelidikan bagi Universiti Malaysia Terengganu, khususnya bagi menjalankan kajian berkaitan hidupan marin. Persisiran pantai dan perairan pulau ini menjadi tumpuan para nelayan untuk mencari rezeki. Keaslian ekosistem dasar laut, pasir yang memutih serta air laut yang biru dan jernih telah mewujudkan suasana yang sangat indah di Pulau Bidong.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1062927
    Visit Today : 656
    This Month : 11180
    Total Visit : 1062927
    Hits Today : 2296
    Total Hits : 4365081
    Who's Online : 12
  • Kategori