Buku ini bukan sahaja mengandungi analisis bahasa surat rasmi tetapi juga pedoman bagi penulisan pelbagai surat rasmi. Secara umum, buku ini memiliki sembilan bab termasuk kesimpulan dan beberapa contoh surat-surat rasmi dalam lampiran.

Kategori: Ulasan Buku

Buku ini dapat dijadikan rujukan dalam menggambarkan pola penceritaan cerpen-cerpen remaja pada tahun 1983 sehingga 1989.

Kategori: Ulasan Buku

Bangsawan merupakan suatu bentuk seni persembahan yang mempunyai kesan yang mendalam terhadap peminat dan penggiatnya di Sarawak. Mereka pastinya tidak dapat melupakan kehebatan dan keseronokan menyertai dan menonton bangsawan. Bentuk-bentuk teater yang hadir selepas bangsawan daripada segala bentuk aspek teaterikal seperti lakonan, nyanyian, tarian, set pentas, kostum dan suasana pementasan.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini memberikan kupasan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. dalam konteks pengurusan emosi yang menjadi inti pati di sebalik 111 ayat dalam Surah Yusuf. Kisah Nabi Yusuf a.s. dianggap sebagai sebuah cerita yang paling indah dalam al-Quran sebagaimana yang diungkapkan dalam firman Allah SWT pada awal Surah Yusuf yang bermaksud, “Kami akan ceritakan kepada engkau sebuah cerita yang paling baik”.

Kategori: Buku Baharu

Pendoa yang Ikhlas menghimpunkan 16 buah cerpen yang mengemukakan tema dan persoalan masyarakat setempat. Membaca cerpen-cerpen Azizi, akan terlihat bahawa persoalan dalam cerpen-cerpennya itu merupakan persoalan yang rutin dalam kehidupan sehari-hari. Malah, Azizi pernah mengakui bahawa bapanya, Haji Abdullah Md. Diah adalah antara ilham utamanya dalam menghasilkan cerpen.

Kategori: Buku Baharu

Suhail dan rakan-rakannya menyertai Pertandingan Cuaca Angkasa. Mereka mengkaji perubahan yang berlaku pada matahari dan kesannya terhadap hidupan bumi. Suhail dan rakan-rakannya bertungkus-lumus membuat kajian mengenai suar matahari. Apakah yang terjadi dengan hasil kajian mereka? Adakah Suhail dan rakan-rakannya berjaya dalam Pertandingan Cuaca Angkasa?

Kategori: Buku Baharu

KUMPULAN Puisi Bahasa Bangsa Merdeka merupakan kumpulan puisi terkini penyair prolifik terkenal Malaysia, Ahmad Sarju. Secara umumnya, Kumpulan Puisi Bahasa Bangsa Merdeka membincangkan tiga tema utama, iaitu Bahasa, Bangsa dan Merdeka. Keunggulan tema Bahasa, Bangsa dan Merdeka disampaikan menerusi kepelbagaian mesej yang memaparkan semangat dan nilai patriotisme bahasa Melayu, bangsa Melayu dan bangsa Malaysia.

Kategori: Ulasan Buku

NAMA Zaharah Nawawi tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia kesusasteraan Melayu. Faktor utama saya membeli buku ini pun kerana penulisnya. Sebelum ini saya pernah membaca novel Jalur Sinar di Celah Daun dan beberapa buah kumpulan cerpen beliau.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1047317
    Visit Today : 933
    This Month : 29916
    Total Visit : 1047317
    Hits Today : 2500
    Total Hits : 4297302
    Who's Online : 13
  • Kategori