Judul              :           Turki Uthmaniah Persepsi dan Pengaruh dalam Masyarakat Melayu Penulis           :           Ermy Azziaty Rozali Harga             :           RM35.00 Tahun             :           2016 Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka   MASYARAKAT Melayu mempunyai persepsi yang menunjukkan kecenderungan dan memandang tinggi kepada kerajaan Turki Uthmaniah. Hal ini banyak tercatat dan terkesan dalam karya-karya sastera Melayu tradisional, antaranya Hikayat Raja-raja Pasai, […]

Kategori: Buku Baharu

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga buah negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya, Majlis ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Encik Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S. H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ditukar menjadi MABBIM, iaitu singkatan kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia apabila Negara Brunei Darussalam ikut serta sebagai anggota tetap Majlis ini pada 4 November 1985. Singapura telah ikut serta dalam Majlis ini sejak tahun 1985 sebagai anggota pemerhati, diikuti dengan Thailand pada tahun 2015.

Kategori: Berita

Bicara Karya Tokoh Sasterawan Negeri Sarawak ini merupakan program yang dianjurkan bersama oleh DBP Cawangan Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Karya yang dibincangkan pada kali ini ialah buku Bahtera Bahasaku karya Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah, Sasterawan Negeri Sarawak.

Kategori: Berita, Featured

Mengikut sejarah, alam Melayu mempunyai banyak kerajaan Melayu yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat luar. Corak pemerintahan beraja dan sistem politik kerajaan tersebut dapat disingkap dalam naskhah-naskhah Melayu lama antaranya Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Misa Melayu, Hikayat Patani, Hikayat Seri Kelantan, Salasilah Negeri Kedah, Hikayat Johor, dan Hikayat Raja-raja Pasai. Dalam naskhah tersebut, terdapat sistem pemerintahan beraja dan politik pemerintahan alam Melayu yang dikemukakan secara tersirat. Oleh itu, wacana Naskhah Kesultanan Melayu: Pemerintahan dan Politik telah diadakan bertujuan untuk merungkaikan persoalan yang tersurat dan tersirat tersebut.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1061428
    Visit Today : 579
    This Month : 9681
    Total Visit : 1061428
    Hits Today : 1972
    Total Hits : 4358304
    Who's Online : 15
  • Kategori