turki

 

Judul              :           Turki Uthmaniah Persepsi dan Pengaruh dalam Masyarakat Melayu

Penulis           :           Ermy Azziaty Rozali

Harga             :           RM35.00

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

 

MASYARAKAT Melayu mempunyai persepsi yang menunjukkan kecenderungan dan memandang tinggi kepada kerajaan Turki Uthmaniah. Hal ini banyak tercatat dan terkesan dalam karya-karya sastera Melayu tradisional, antaranya Hikayat Raja-raja Pasai, Silsilah Kutai dan Sejarah Melayu. Akhbar berbahasa Melayu pada awal abad ke-20 seperti Jawi Peranakan, Al-Imam, Neracha, Tunas Melayu dan Seruan Azhar pula memberikan liputan meluas tentang kerajaan Turki Uthmaniah.

Pada pertengahan kedua abad ke-19, pemikiran dan dan gagasan Pan-Islamisme berkembang kesan penjajahan Barat terhadap dunia Islam. Oleh itu Pan-Islamisme direncanakan untuk berhadapan dengan ketamakan kuasa Barat dan menyeru kesetiaan dan kesatuan umat Islam di bawah sultan Turki Uthmaniah.

Penghormatan dan penghargaan masyarakat Melayu terhadap kerajaan Turki Uthmaniah dapat ditelusur dan diteliti melalui karya Melayu tradisional, akhbar dan gagasan Pan-Islamisme. Buku ini sesuai sebagai rujukan para penyelidik, pelajar universiti dan khalayak yang meminati disiplin sejarah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049870
    Visit Today : 715
    This Month : 32469
    Total Visit : 1049870
    Hits Today : 4279
    Total Hits : 4309040
    Who's Online : 11
  • Kategori