Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

 

Mengikut sejarah, alam Melayu mempunyai banyak kerajaan Melayu yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat luar. Corak pemerintahan beraja dan sistem politik kerajaan tersebut dapat disingkap dalam naskhah-naskhah Melayu lama antaranya Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Misa Melayu, Hikayat Patani, Hikayat Seri Kelantan, Salasilah Negeri Kedah, Hikayat Johor, dan Hikayat Raja-raja Pasai. Dalam naskhah tersebut, terdapat sistem pemerintahan beraja dan politik pemerintahan alam Melayu yang dikemukakan secara tersirat. Oleh itu, wacana Naskhah Kesultanan Melayu: Pemerintahan dan Politik telah diadakan bertujuan untuk merungkaikan persoalan yang tersurat dan tersirat tersebut.

Antara pembentang kertas kerja yang menumpukan skop kajian/penyelidikan tentang teks/naskhah kesultanan Melayu.

Antara pembentang kertas kerja yang menumpukan skop kajian/penyelidikan tentang teks/naskhah kesultanan Melayu.

Sehubungan dengan itu, pada 27 Oktober 2016, bertempat di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, telah diadakan Wacana Naskhah Kesultanan Melayu: Pemerintahan dan Politik. Ia merupakan kesinambungan daripada Wacana Sulalatus Salatin yang diadakan pada tahun 2014 dan 2015. Wacana ini bertemakan “Menelusuri Pemerintahan Beraja daripada Kesultanan Melayu kepada Kuasa Berperlembagaan”. Objektif wacana ini ialah menghasilkan kajian dan dapatan baharu tentang sistem pemerintahan dan politik kesultanan Melayu. Di samping untuk memartabatkan institusi beraja di Malaysia dan mendaulatkan undang-undang dan perlembagaan negara.

Ucapan alu-aluan oleh Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ucapan alu-aluan oleh Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam ucapan alu-aluan oleh Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), beliau berkata, dalam naskhah-naskhah Melayu lama, seperti Hikayat Johor, Misa Melayu dan lain-lain, telah terungkap sistem beraja, sama ada yang tersurat dan tersirat, dan wacana ini cuba merungkaikan hal tersebut. Beliau juga berharap agar wacana ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada semua pengkaji, penyelidik dan semua yang hadir.

Yang Amat Mulia Tunku Zain al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Yang Amat Mulia Tunku Zain al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Dalam majlis tersebut, turut berucap, Yang Amat Mulia Tunku Zain al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS). Dalam ucapan perasmian, Tunku Zain menyatakan bahawa Kesultanan Melayu telah lama wujud, tetapi berubah dari semasa ke semasa. Menurut Tunku Zain lagi, naskhah Kesultanan Melayu dikarang sebagai wahana untuk membentuk masyarakat dan mengangkat khazanah Melayu. Tunku Zain juga meminta rakyat mempertahankan karya, khazanah Kesultanan Melayu agar ia terus wujud, seterusnya mengangkat darjat orang Melayu.

ZAI_4354

Sesi pembentangan pertama yang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif.

Wacana ini menampilkan enam orang pembentang kertas kerja, yang menumpukan skop kajian/penyelidikan tentang teks/naskhah kesultanan Melayu yang merujuk sistem politik dan pemerintahan beraja, seperti kedudukan institusi raja-raja Melayu dan Perlembagaan Malaysia, undang-undang negara dan sebagainya. Sesungguhnya, wacana ini memberi manfaat kepada para pengkaji dan generasi kini tentang ilmu pemerintahan dan politik daripada generasi terdahulu, di samping mengimbau sejarah pemerintahan raja-raja Melayu.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1056321
    Visit Today : 628
    This Month : 4574
    Total Visit : 1056321
    Hits Today : 3694
    Total Hits : 4336631
    Who's Online : 8
  • Kategori