Oleh NORAZLINDA MISRAN

Bicara Karya Tokoh Sasterawan Negeri Sarawak bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan pada hari ini 11 November 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak.

Tetamu Kenamaan yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Tetamu Kenamaan yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Bicara Karya Tokoh Sasterawan Negeri Sarawak ini merupakan program yang dianjurkan bersama oleh DBP Cawangan Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Karya yang dibincangkan pada kali ini ialah buku Bahtera Bahasaku karya Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah, Sasterawan Negeri Sarawak. Penglibatan beliau lebih empat dekad mengharungi gelora samudera literasi, keguruan, kepimpinan, kebudayaan, kekeluargaan, dan kesejagatan menjadikan nilai yang digugah dalam buku Bahtera Bahasaku ini amat sesuai dengan nilai dan kehendak zaman.

Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Haji Abdul Adzis Abas ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Haji Abdul Adzis Abas ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Haji Abdul Adzis Abas yang turut hadir merasmikan majlis tersebut, dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa program sebegini diharapkan berupaya untuk menerapkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan, peranan dan fungsi dominan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai elemen fundamental dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang terbilang.

Ucap utama yang disampaikan oleh Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Rithwan.

Ucap utama yang disampaikan oleh Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan.

Majlis Bicara Karya Sasterawan Negeri Sarawak ini telah dimulai dengan ucap utama yang disampaikan oleh Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang menyampaikan tajuk Bahtera Bahasaku dengan Muatan Isu Muktahir Bahasa Kebangsaan. Seterusnya majlis ini diteruskan dengan bicara karya Sasterawan Negeri Sarawak oleh dua orang panel jemputan iaitu Sasterawan Negara Dato’ Dr. Zurinah Hassan dan Dr. Jeniri Amir.

Sasterawan Negara Dato’ Dr. Zurinah Hassan ketika membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk Pembinaan Metafora dalam Bahtera Bahasaku.

Sasterawan Negara Dato’ Dr. Zurinah Hassan ketika membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk Pembinaan Metafora dalam Bahtera Bahasaku.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah, Ahli Lembaga Pengelola DBP, dan YBhg. Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Timbalan Pengarah (Dasar), DBP.

YBhg. Dr. Hazami Jahari, Pengarah DBP Cawangan sarawak yang menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis tersebut.

YBhg. Dr. Hazami Jahari, Pengarah DBP Cawangan sarawak yang menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis tersebut.

Pada malam ini akan diadakan Malam Bahasa Jiwa Bangsa dan Majlis Pelancaran Buku Tokoh Sasterawan Negeri Sarawak, Bahtera Bahasaku yang akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1056732
    Visit Today : 1039
    This Month : 4985
    Total Visit : 1056732
    Hits Today : 5559
    Total Hits : 4338496
    Who's Online : 4
  • Kategori