Mereka yang Tertewas merupakan novel yang tidak asing dalam kalangan pelajar sastera suatu ketika dahulu. Novel yang menjadi teks sastera SPM ini telah memberi impak dalam kehidupan ramai pembaca sehingga ada pembaca yang ternanti-nanti kemunculan novel seterusnya daripada penulis yang sama.

Kategori: Bakat, Featured, Tokoh

Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, negara ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan dengan penuh gilang-gemilang. Tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-59 sambutan kemerdekaan sejak tahun 1957 di mana seluruh rakyat telah membebaskan diri mereka dari cengkaman penjajah yang silih ganti menjajah negara sebelum ini. Kemerdekaan negara telah memberi ruang kepada anak tempatan satu bentuk hala tuju baru untuk menjalankan pemerintahan sendiri bagi negara tanpa dipengaruhi mana-mana kuasa asing. Bagi rakyat negara ini terutamanya orang Melayu, mereka menganggap bahawa negara ini adalah tanah air mereka sendiri dan ketaatan tanpa berbelah bagi akan diberikan kepada negara dan terus-menerus akan mempertahankan kedaulatannya.

Kategori: Bicara, Featured

Dalam usaha kerjasama yang menjangkau usia lapan tahun, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak jemu untuk menjalankan usaha tanggungjawab sosial yang utuh bersama-sama pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta lain demi kelangsungan perpaduan sesama kaum di Malaysia tercinta ini dengan penganjuran Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Kebangsaan pada 2 Ogos 2016. Sesungguhnya, perpaduan negara didukung oleh masyarakat yang berbilang kaum, hidup dalam keadaan aman dan makmur. Rakyat yang bersatu akan melahirkan negara yang berwawasan dan aman damai. Perpaduan juga menjadi tunjang utama dalam menjamin keamanan dan mencipta kemajuan negara agar dapat bersaing dengan dunia luar dalam usaha mengangkat martabat negara Malaysia. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan kepelbagaian kaum mampu membuatkan negara menjadi contoh kepada dunia luar.

Kategori: Berita, Featured

Ibu bapa yang memiliki anak Sindrom Down mempunyai pelbagai kesulitan untuk berkomunikasi dengan mereka. Perkembangan komunikasi kanak-kanak Sindrom Down mengalami kelewatan berbanding dengan kanak-kanak normal. Hal ini memberikan kesulitan kepada ibu bapa kanak-kanak Sindrom Down. Namun begitu, bagi memenuhi kesulitan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan buku Bahasa dalam Komunikasi Kanak-kanak Sindrom Down yang ditulis oleh Puteri Roslina Abdul Wahid sebagai alternatif ibu bapa mendapatkan maklumat cara membina komunikasi yang betul dengan kanak-kanak Sindrom Down.

Kategori: Ulasan Buku

Pada era pascaglobalisasi ini, kita sering mendengar masalah remaja yang semakin hari semakin teruk. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terlibat dengan gejala sosial, seperti vandalisme dan gengsterisme. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai individu yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang dan terbilang dalam diri anak. Peranan ibu bapa penting kerana apabila ibu bapa memainkan peranan dengan baiknya, masalah yang berkaitan dengan remaja tidak akan berlaku. Ibu bapa juga perlu menitikberatkan hal ehwal anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara yang negatif yang mengundang impak kepada masa depan mereka. Ibu bapa harus bertindak dari sekarang agar masalah yang berkaitan dengan remaja dapat diselesaikan.

Kategori: Makalah

Pengunjung Islam Malaysia ke Hatyai pasti akan mengambil kesempatan untuk singgah menunaikan solat di sebuah masjid lama di Pattani, Selatan Thailand. Masjid Kerisik, Krue Se, Wilayah Pattani, Thailand.Masjid Kerisik, Krue Se, Wilayah Pattani, Thailand. Perjalanan pulang dari Hatyai ke Rantau Panjang, Kelantan mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit. Jaraknya sekitar 278 km. Setelah hampir 3 jam perjalanan pulang, masjid yang terletak kira-kira 163 km dari Rantau Panjang, Kelantan ini akan disinggahi oleh umat Islam sama ada untuk menunaikan solat atau menyorot sejarah lampau. Malah, masjid ini turut dilawat oleh pengunjung bukan Islam dari pelbagai pelosok negara.

Kategori: Featured, Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1063417
    Visit Today : 1146
    This Month : 11670
    Total Visit : 1063417
    Hits Today : 4059
    Total Hits : 4366844
    Who's Online : 4
  • Kategori