Pada 7 Ogos 2016 yang lalu, Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor telah berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Prof Dr. Shaiful Bahari Ismail telah menyampaikan syarahan umum bertajuk Kesihatan Lelaki di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran. Manakala Prof Dr. Nik Hazlina Nik Hussain pula membentangkan syarahan umum bertajuk Kesihatan Wanita di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran.

Kategori: Berita, Featured

Kemunculan banyak saluran radio swasta membawa budaya yang benar-benar berbeza. Radio bukan lagi saluran maklumat bermanfaat untuk pendengar sebaliknya saluran untuk menarik pendengar dan penaja sebanyak mungkin dengan cara menampilkan artis popular.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

PELAKSANAAN Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 25 Ogos 2016.

Kategori: Berita, Featured

Buku ini membincangkan secara menyeluruh tentang mas cotek, aspek penanamannya, penjagaan dan penuaian, pemprosesan dan penghasilan produk. Dari segi khasiatnya, mas cotek terbukti sebagai penawar kepada pelbagai penyakit kronik, antaranya tekanan darah tinggi, diabetes dan kekurangan tenaga. Banyak kajian tentang khasiat mas cotek dilakukan oleh universiti tempatan dan agensi yang berkaitan.

Kategori: Buku Baharu

Antologi skrip drama pentas Monolog 5 Negara menampilkan skrip drama pentas lima orang penggiat seni, iaitu Khalid Salleh (Malaysia), Ramli Prapanca (Indonesia), Zefri Ariff (Brunei Darussalam), Noor Hasnah Adam (Singapura), dan Patr Weera (Thailand). Penerbitan buku ini merupakan usaha editor untuk menyemarakkan kembali kesatuan aktiviti sastera serantau yang berkembang pesat pada dekad 1990-an. Pada masa itu, usaha ini dilakukan melalui COCI (ASEAN Committee on Cultural and Information) yang menghimpunkan aktivis sastera negara ASEAN dalam bengkel, pertemuan dan penerbitan bersama.

Kategori: Buku Baharu

Novel remaja ini berkisar pada era awal pembentukan negara Malaysia selepas mengecap kemerdekaan. Watak utama ialah Amran, remaja cacat tetapi sempurna jiwa yang tinggal di sebuah kampung di Lenggong, Perak yang serba-serbi mundur, baik dari segi fizikal mahupun pemikiran masyarakatnya. Amran berpandangan jauh, mampu menganalisis segala kejadian dan simbol serta tanda yang terbentang di hadapan mata lalu mengaitkannya dengan nasib bangsa dan negara pada masa hadapan.

Kategori: Buku Baharu

Salah satu aspek bahasa yang perlu diteliti semula oleh pengguna bahasa ialah pelbagai jenis dan bentuk unsur penghubung yang berfungsi dalam pembinaan struktur ayat majmuk serta dalam wacana. Dari sudut sintaksis, kata hubung berfungsi memperlihatkan hubungan antara unsur ayat yang bertaut antara satu sama lain secara gramatis. Manakala, dari sudut makna, unsur hubungan berperanan menggabungkan idea yang bertalian dalam proses pembentukan maksud wacana.

Kategori: Buku Baharu

Yayasan Karyawan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan Karya Agung Melayu Sulalat U’S-Salatin: Yakni Pertuturan Segala Raja-Raja di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2016.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1047032
    Visit Today : 648
    This Month : 29631
    Total Visit : 1047032
    Hits Today : 1568
    Total Hits : 4296370
    Who's Online : 18
  • Kategori