Nama pengarang wanita ini wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana dalam tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012.

Kategori: Bakat, Featured

Media merupakan medium yang sangat berpengaruh dalam menguasai minda masyarakat. Apa-apa yang disiarkan mudah melekat ke dalam minda khalayak dan mempengaruhi tindakan, terutamanya kalangan generasi muda. Contohnya apabila karyawan filem dan drama galak memfilemkan kisah ‘mat rempit’, kegiatan tersebut semakin berleluasa. Apabila karyawan berlumba-lumba menerbitkan filen gengster, aktiviti tersebut turut berleluasa hingga membimbangkan masyarakat.

Kategori: Puji & Tegur

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan suatu program yang memfokuskan kempen mencintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). BBK merupakan program massa DBP untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Kategori: Berita

Masihkah Aku Bermimpi merupakan kumpulan cerpen Marsli N.O yang menghimpunkan 23 buah cerpen yang boleh dikatakan mempunyai bentuk yang sama dalam menghantar alirannya yang tersendiri. Cerpen-cerpen ini boleh dikatakan bergerak dalam aliran cerita yang menolak struktur cerpen konvensional. Watak yang dikemukakan lebih bertindak sebagai pemikiran, halusinasi, mahupun persona diri penulis.

Kategori: Ulasan Buku

Pertandingan Forum Antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Besar Perak telah dimulakan pada tahun 2011. Pertandingan ini terbuka kepada semua 27 buah IPG di seluruh negara. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bekerjasama dengan IPG Kampus Ipoh menganjurkan Pertandingan Forum Antara IPG 2012. Penglibatan DBP dalam pelaksanaan program IPG ini sejajar dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Kategori: Berita

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award bagi negara Malaysia melalui jawatankuasa yang telah dilantik, iaitu Jawatankuasa Pemilihan S.E.A. Write Award bagi tahun 2013 telah sebulat suara memilih Mohamed Ghozali bin Abdul Rashid atau Malim Ghozali PK sebagai calon penerima S.E.A. Write Award Tahun 2013 bagi negara Malaysia. Pencalonan tersebut telah mendapat pengesahan daripada Sekretariat S.E.A. Write Award di Bangkok, Thailand.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1063373
    Visit Today : 1102
    This Month : 11626
    Total Visit : 1063373
    Hits Today : 3964
    Total Hits : 4366749
    Who's Online : 8
  • Kategori