Mohamed Ghozali bin Abdul Rashid atau Malim Ghozali PK telah terpilih sebagai penerima S.E.A. Write Award tahun 2013. Klik Web telah mewawancara beliau untuk mendapat sedikit pandangan beliau tentang diri, pengalaman berkarya dan pandangan beliau terhadap kesusasteraan secara umum.

Kategori: Featured, Wawancara

Anda sudah mengetahui apakah sebutan baku, untuk apa, dan dalam situasi apa sebutan baku digunakan. Sekarang, marilah kita halusi kaedah sebutan baku bahasa Malaysia supaya anda benar-benar menguasainya.

Kategori: Bahasa

Sidang atau Mesyuarat Kelompok Eksekutif MASTERA diadakan dalam rangka penyelarasan kerjasama serantau bagi pembinaan dan pengembangan persuratan Melayu, antara negara anggota MASTERA (Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura). Sidang MASTERA dilaksanakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir tempat.

Kategori: Kegiatan Serantau

Tiga tahun tinggal di bumi Mesir menyedarkan saya betapa bertuahnya dilahirkan di Malaysia, apatah lagi sebagai seorang Melayu. Acapkali saya terlanjur berbahasa ibunda ketika berurusan dengan warga di sini. Alangkah rindunya, Malaysiaku.

Kategori: Suara Anak Muda

Wanita merupakan penjaga kesihatan keluarga yang utama. Kerajaan Malaysia mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam menjaga kesihatan keluarga. Fokus utama buku ini menjurus kepada penjagaan kesihatan wanita di Malaysia, khususnya wanita Melayu yang merupakan kaum utama di Malaysia. Selain itu, aspek penjagaan kesihatan wanita Cina dan India turut dibincangkan.

Kategori: Buku Baharu

Sebagai sebuah buku ilmiah, buku ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, iaitu bukan sahaja dalam bidang bahasa, tetapi juga untuk tujuan kajian antara disiplin yang kini muncul sebagai suatu bentuk keperluan akademik baru, yakni dengan berusaha mengintegrasikan pelbagai aliran pemikiran bagi meneliti sesuatu bidang ilmu dengan cara melintasi batas-batas disiplin tradisional.

Kategori: Buku Baharu

Buku Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah dan Pensejarahan merupakan edisi baharu yang disemak dan diperluas daripada buku yang sebelum ini diberikan judul Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Pada asasnya, buku ini masih membicarakan perkara yang berkaitan teori, pengertian dan kaedah sejarah, namun perbincangannya telah diperluas.

Kategori: Buku Baharu

Profesion penilaian dan pengurusan harta tanah telah mula diperkenalkan di negara kita pada tahun 1957. Dengan penubuhan Bahagian Penilaian di Kementerian Kewangan Malaysia dan kursus penilaian pada peringkat pengajian tinggi dimulakan pada awal tahun 1960-an, keperluan kepada bahan-bahan bacaan dalam bidang tersebut mula dirasakan. Tambahan pula penulisan dalam bahasa Melayu sangatlah kurang.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1047137
    Visit Today : 753
    This Month : 29736
    Total Visit : 1047137
    Hits Today : 1891
    Total Hits : 4296693
    Who's Online : 15
  • Kategori