A. SAMAD SAID, seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera.  Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka.  Sumbangan A.  Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu […]

Program Penulisan MASTERA diadakan pada setiap tahun dalam rangka penyelarasan kerjasama serantau bagi pembinaan dan pengembangan persuratan Melayu, antara negara-negara anggota MASTERA (Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura). Program bagi tahun 2013 adalah kali yang ke-16. Penyelenggara program ini ialah MASTERA Indonesia yang menetapkan genre sastera (puisi, cerpen, esei kritikan, drama pentas dan novel) secara bergilir untuk dibengkelkan.

Kategori: Kegiatan Serantau

Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Kerana itu nama Usman Awang paling terkenal di kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan semacam keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita. Beliau seorang penyair yang tidak pernah pudar dan sentiasa dapat menyesuaikan dirinya dalam pelbagai zaman dan situasi.

Shahnon Ahmad sebagai pengarang tidak payah diperkenalkan lagi dalam kesusasteraan Melayu. Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong, atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di Universiti Sains Malaysia, tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat, serius dan mempunyai falsafahnya sendiri. Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya untuk bersastera semata-mata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran.

DALAM perkembangan cerpen Melayu selepas perang,  Keris Mas ialah tokoh yang terpenting dan cukup berpengaruh kepada golongan penulis muda. Beliau membentuk namanya sebagai penulis melalui bakat, fikiran yang kritis, penguasaan bahasa yang baik, dan kematangan pengalamannya. Keris Mas, merupakan contoh seorang penulis yang lebih mementingkan mutu daripada jumlah karya. Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaludin Mohamad dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat […]

Kaing-kaing merupakan novel karya Siti Jasmina Ibrahim. Novel ini dilihat bergerak dalam bentuk cerita yang cuba melapiskan latar masa dahulu di atas latar masa kini. Hal ini terlihat apabila cerita tentang penguasaan Raja Luyut di sebuah kampung terpencil seperti sebuah cerita purbawara Melayu. Tetapi cerita dan latar peristiwa Raja Luyut ini diwujudkan pada zaman sekarang, yang meletakkan kampung terpencil itu berada pada masa kini tetapi cuma terletak jauh di pedalaman. Perlakuan sewenang-wenang Raja Luyut, termasuk kekasaran sehingga menculik, mencedera dan membunuh orang-orang kampung tanpa dilaporkan kepada pihak polis menjadikan cerita ini seperti dipisahkan untuk berada terasing dalam dunianya yang tersendiri.

Kategori: Ulasan Buku

Polemik pencemaran bahasa kebangsaan negara bukanlah satu perkara yang baharu. Masalah tersebut sudah acapkali dibangkitkan oleh pihak yang prihatin dengan bahasa kebangsaan menggunakan pelbagai pendekatan tanpa mencapai banyak kejayaan. Pendekatan yang berbentuk kempen kesedaran seperti ceramah dan teguran membina bukan sahaja tidak diendahkan bahkan disifatkan sebagai sesuatu yang membuang masa.

Kategori: Pendapat

Makalah ini bertujuan membicarakan kewujudan beberapa istilah dan konsep ilmu sains dan matematik yang asli atau inovasi Malayonesia dalam bahasa Melayu sejak dahulu kala hingga menjelang abad ke-20 dan seterusnya memperlihatkan tabii muncul-lesapnya ilmu itu. Konsep dan istilah yang akan dibicarakan ialah yang terbit daripada kolek dan jong, bilangan (nombor) dan angka bulat termasuk ketakterhinggaan, sukatan perkara terang-benderang dan kabur, alam semesta (jasad-jasad di langit, model tatarajahnya dan asal-usulnya), tumbuh-tumbuhan dan margastua (dalam peribahasa, sebuah prasasti dan satu-dua buah manuskrip Jawi), sains dan kaedahnya, dan sebab-sebab kelesapan sesebuah konsep dan istilah asli, inovasi dan terjemahan dalam bidang-bidang ini menjelangnya abad ke-20 M

Kategori: Makalah
  • Arkib

  • Statistik

    1062491
    Visit Today : 220
    This Month : 10744
    Total Visit : 1062491
    Hits Today : 791
    Total Hits : 4363576
    Who's Online : 9
  • Kategori