PROGRAM Penulisan MASTERA diadakan pada setiap tahun dalam rangka penyelarasan kerjasama serantau bagi pembinaan dan pengembangan persuratan Melayu, antara negara-negara anggota MASTERA (Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura). Program bagi tahun 2013 adalah kali yang ke-16. Penyelenggara program ini ialah MASTERA Indonesia yang menetapkan genre sastera (puisi, cerpen, esei kritikan, drama pentas dan novel) secara bergilir untuk dibengkelkan.

Objektif program

1. Memberikan bimbingan kepada karyawan muda tentang teknik penulisan cerpen dan penataran ilmu sastera.

2. Mencetuskan percambahan idea melalui wacana atau dialog intelektual antara penulis dan pembimbing.

3. Memberikan peluang serta pendedahan kepada peserta untuk mengikuti situasi dan perkembangan dunia penulisan   cerpen sekali gus perkembangan dunia sastera di peringkat serantau.

Pengisian bengkel

1. Para peserta dibahagikan kepada tiga kelas/kuliah yang telah ditentukan namanya mengikut nama tokoh penulis terkenal daripada masing-masing negara. Malaysia mencadangkan “Kelas A. Rahim Kajai”

2. Pembentangan kertas kerja oleh pembimbing setiap negara anggota MASTERA berkaitan dengan situasi dan perkembangan penulisan cerpen masing-masing negara.

3.Mengadakan randau dan perbincangan karya para peserta.

Butiran program

1. Tarikh             : 23 Jun – 1 Julai  2013

2. Tempat           : Bandung, Indonesia

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014663
    Visit Today : 692
    This Month : 34008
    Total Visit : 1014663
    Hits Today : 2679
    Total Hits : 4139482
    Who's Online : 16
  • Kategori