Pada 10 Julai 2018, berlangsung forum bertajuk “Memperkasakan DBP Menuju Malaysia Baharu” di Dewan Bankuet, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Forum ini menampilkan tiga orang ahli panel, iaitu Hishamuddin Rais (dari MalaysiaKini, Oriental Daily, Malaysia-Today), Shamsudin Othman atau Dinsman (Aktivis teater dari PAKSI) dan Pengarah Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional (PUSAKA), Eddin Khoo. Moderator yang mengemudikan forum ini ialah pensyarah dari Universiti Teknologi Petronas,Dr. Muhaimin Sulam.

Kategori: Berita, Featured

Oleh NURUL JULIA ALANI HENRY DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) mula ditubuhkan pada tahun 1956, iaitu setahun lebih awal daripada tahun kemerdekaan negara. Oleh hal yang demikian, secara tepatnya DBP kini berusia 62 tahun, iaitu suatu tempoh yang cukup matang dari segi pengalaman, pemikiran dan pelaksanaan matlamat penubuhannya. Usia 62 tahun juga merupakan satu jangka waktu yang mewajarkan DBP untuk berasa bangga atas beberapa pencapaian terbaiknya dalam memastikan kelestarian kedudukan […]

Kategori: Berita, Featured

MUHAMAD Yusof Sulaiman yang mewakili Sun Life Malaysia Assurance Berhad muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Antara Institusi Kewangan Piala Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) 2018 setelah menewaskan 13 orang peserta akhir pada 5 Julai 2018 yang lalu. Dengan tajuk pidato Hemat Berbelanja, Keluarga Sejahtera, Muhamad Yusof memenangi hadiah wang tunai RM 5000.00, piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan, dan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kategori: Berita, Featured

KEM Tulisan Jawi 2018 merupakan Program Pembudayaan Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang julung-julung kali diadakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Sejarah Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, dan Majlis Dakwah Negara. Kem yang diadakan pada 2 dan 3 Julai 2018 di Wisma Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, bertujuan untuk menyemarakkan pembudayaan tulisan jawi melalui elemen pengajaran dan pembelajaran khusus untuk masyarakat Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Pada 3 Julai 2018, bersempena dengan lawatan kerja Menteri Pendidikan Malaysia, telah berlangsung Majlis Pelancaran Buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

PADA 30 dan 31 Mei 2018, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (Akademi DBP) telah menganjurkan Kursus Penulisan Profesionaldi Institut Pembangunan Modal Insan Zon Utara, Kampung Temiang, Ipoh, Perak.

Kategori: Berita, Featured

Muzik bukan sahaja dapat dinikmati melalui pancaindera, malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan. Muzik dapat memberikan kesan dalam kehidupan orang ramai melalui seni, irama dan lagu. Muzik juga dapat ditonton dan dipersembahkan melalui pelbagai cara, sama ada secara terus ataupun melalui media.

Kategori: Featured, Warisan

Kad raya merupakan medium popular pada era 1980-1990-an untuk menyampaikan mesej, maklumat atau ingatan kepada seseorang. Kad raya sangat istimewa kerana hanya terdapat ketika musim perayaan sahaja. Bahkan, sesetengah daripada kita sanggup membeli dan mengumpul kad raya sebagai koleksi peribadi.

Kategori: Bicara, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1069736
    Visit Today : 1059
    This Month : 17989
    Total Visit : 1069736
    Hits Today : 4522
    Total Hits : 4397588
    Who's Online : 13
  • Kategori