Oleh ISSNAINI SAIFUDDIN

 

Johan Pidato Antara Institusi Kewangan Piala Gabenor BNM, Muhamad Yusof Sulaiman dari Sun Life Malaysia Assurance.

Muhamad Yusof Sulaiman dari Sun Life Malaysia Assurance, johan Pertandingan Pidato Antara Institusi Kewangan Piala Gabenor BNM 2018.

MUHAMAD Yusof Sulaiman yang mewakili Sun Life Malaysia Assurance Berhad muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Antara Institusi Kewangan Piala Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) 2018 setelah menewaskan 13 orang peserta akhir pada 5 Julai 2018 yang lalu. Dengan tajuk pidato Hemat Berbelanja, Keluarga Sejahtera, Muhamad Yusof memenangi hadiah wang tunai RM 5000.00, piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan, dan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tempat kedua disandang oleh Ahmad Safiuddin Nordin dari AmBank (M) Berhad dengan tajuk pidato, Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Sektor Ekonomi dan Kewangan Suatu Realiti? Beliau menerima hadiah wang tunai RM 3000.00, sijil penyertaan, serta buku terbitan DBP. Tempat ketiga dimenangi oleh Fartihah Nabilla Harun dari CIMB Bank dengan pidato berjudul Hemat Berbelanja, Keluarga Sejahtera, memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 2000.00, sijil penyertaan dan buku terbitan DBP.

Johan (berdiri tengah) bersama-sama pemenang tempat kedua dan ketiga menjulang piala yang dimenangi.

Johan (berdiri tengah) bersama-sama pemenang tempat kedua dan ketiga menjulang piala yang dimenangi.

Pertandingan Pidato Antara Institusi Kewangan Piala Gabenor BNM 2018 yang dianjurkan oleh Sekretariat Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan BNM dengan kerjasama DBP, melibatkan 80 orang peserta dari pelbagai institusi kewangan.

Bagi mencapai standard pertandingan pidato, para peserta perlu menghadiri bengkel pidato yang diadakan oleh pihak penganjur untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang penggunaan laras bahasa teks dan teknik persembahan pidato yang berkesan, sekali gus sebagai persediaan kepada para peserta untuk menyertai pertandingan pidato ini.

Pertandingan yang diadakan sejak tahun 2009 ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kemahiran serta membina keyakinan diri dalam kalangan kakitangan institusi kewangan supaya lebih berkeyakinan apabila berurusan dengan pelanggan; menjadikan kakitangan institusi kewangan lebih berketerampilan dalam menyampaikan idea, pandangan dan fakta yang berkesan dan bernas; serta memupuk rasa bangga dan kecintaan dalam menggunakan bahasa kebangsaan.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Abdul Rasheed Ghaffour, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Datuk Haji Abang Sallehuddin bin Abg Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP.

Para pemenang bergambar kenangan bersama-sama Dato’ Abdul Rasheed Ghaffour, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (berdiri tengah) dan tetamu kehormat yang lain.

Para pemenang bergambar kenangan bersama-sama Dato’ Abdul Rasheed Ghaffour, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (berdiri tengah) dan tetamu kehormat yang lain.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1062539
    Visit Today : 268
    This Month : 10792
    Total Visit : 1062539
    Hits Today : 938
    Total Hits : 4363723
    Who's Online : 25
  • Kategori