Pada 4 Oktober 2018, bertempat di Black Box, Publika, telah berlangsung Forum Gagasan Seni Bina Melayu Baharu, iaitu antara kegiatan gerakan membaca anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Centre of Community, Architecture and Heritage Studies in Asia (CAHSA) dan Cooler Lumpur Sdn. Bhd.,

Kategori: Berita

Buku lukisan Tun Khalil Yaakob: Artist – Portraits and Images yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah dilancarkan oleh YAB Tuan Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka, pada 6 Oktober 2018 di Dataran Cendol, Jalan Laksamana, Melaka, bersempena dengan pameran solo Yang di-Pertua Negeri Melaka itu di Galeri Seni Rakyat Melaka bermula 11 Mei 2018 hingga akhir Oktober 2018.

Kategori: Berita, Featured

Karya kesusasteraan sesuatu bangsa merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya; diwarisi zaman-berzaman sebagai cerminan sejarah dan budaya yang perlu dijadikan pedoman. Sejarah merekodkan betapa tidak terhitung jumlah tinggalan karya kesusasteraan ini yang menanti bangsanya untuk menggali semula khazanah ini daripada dibiarkan diam membisu tanpa sebarang penyelidikan yang tekun dan lestari.

Kategori: Berita, Featured

Pada 6 hingga 7 Oktober 2018 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan, telah diadakan Seminar Antarabangsa Sejarah dan Budaya Kelantan-Patani. Seminar ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan beberapa buah agensi kerajaan yang lain. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk mengenal pasti dan memahami perkembangan hubungan antara Kelantan dengan Patani; menyalurkan maklumat tentang sejarah dan budaya wilayah Kelantan-Patani dalam konteks peradaban Melayu; serta menjadi jambatan ilmu dalam beberapa aspek tertentu.

Kategori: Berita, Featured

Bahasa Melayu menjadi wahana pemersatu bangsa Malaysia. Oleh itu, penguasaan bahasa Melayu amat penting dalam agenda perpaduan negara kerana bahasa Melayu mampu mengangkat martabat negara bangsa di persada dunia. Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sentiasa dilaksanakan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa.

Kategori: Berita, Featured

Gangguan seksual merupakan suatu fenomena negatif di tempat kerja yang boleh memberikan kesan buruk kepada pekerja yang menjadi mangsa.

Kategori: Berita

Pada tahun ini, program Minggu Penulis Kanak-kanak dan Minggu Penulis Remaja yang menjadi agenda tahunan dalam kalendar kegiatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah dilaksanakan serentak pada 22 dan 23 September 2018 di premis institusi tersebut. Lebih daripada 50 orang pelajar sekolah menyertai program tersebut. Dua orang fasilitator yang ditampilkan ialah Radzemah Bolhassan untuk genre cerpen dan Rosani Hiplee untuk genre puisi.

Kategori: Berita, Featured

Pada 25 September 2018, Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mencatat sejarah dalam era Malaysia Baharu kerana menjadi tempat berlangsungnya Syarahan Negarawan 2018. Syarahan Negarawan menampilkan tokoh reformasi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang menyampaikan syarahan bertajuk “Malaysia Baharu: Ke Arah Memperkukuh Negara Bangsa”.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    979724
    Visit Today : 958
    This Month : 27195
    Total Visit : 979724
    Hits Today : 4357
    Total Hits : 3983500
    Who's Online : 3
  • Kategori