Oleh ROSANI HIPLEE

PADA tahun ini, program Minggu Penulis Kanak-kanak dan Minggu Penulis Remaja yang menjadi agenda tahunan dalam kalendar kegiatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah dilaksanakan serentak pada 22 dan 23 September 2018 di premis institusi tersebut. Lebih daripada 50 orang pelajar sekolah menyertai program tersebut. Dua orang fasilitator yang ditampilkan ialah Radzemah Bolhassan untuk genre cerpen dan Rosani Hiplee untuk genre puisi.

Radzemah Bolhassan membimbing peserta untuk menjadi penulis cerpen yang baik.

Pada kali ini, kedua-dua program tersebut telah digabungkan sebagai Minggu Penulis Kanak-kanak dan Remaja 2018 (MPKKR 2018) Peringkat Negeri Sarawak. Menerusi program ini, para peserta dibimbing bagi menghasilkan karya dalam bentuk cerpen dan puisi. Mereka didedahkan kepada bentuk asas penulisan dan cara untuk mencari ilham semasa menulis.

Para peserta tekun mendengar panduan yang diberi oleh pembimbing.

Selain itu, program ini merupakan usaha pembinaan, penataran dan mempertemukan penilai/peneliti/pengkaji/pengulas karya, khususnya karya yang dihasilkan oleh karyawan muda pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Para peserta turut dimaklumi tentang wadah atau ruangan yang sesuai untuk mengetengahkan hasil karya masing-masing. Misalnya, bagi peserta pelajar sekolah rendah ialah Dewan Pelajar manakala bagi para peserta sekolah menengah pula ialah ruangan Wadah Bahasa dan Sastera (WBS) yang dikelolakan oleh DBP Cawangan Sarawak dan Dewan Siswa serta Tunas Cipta. Usaha ini merupakan kesinambungan bagi mempergiat penghasilan karya daripada kalangan remaja.

Program MPKKR 2018 ini mempunyai objektif seperti yang berikut:

– Menjadi wadah antara DBP dengan karyawan muda untuk berbincang dan bertukar-tukar idea secara bersemuka dalam usaha memantapkan pengkaryaan agar dapat menerobos tembok kesusasteraan ke peringkat kebangsaan, seperti Hadiah Sastera Perdana Malaysia;

– Mewujudkan budaya kritikal penuh kreatif serta inovatif dalam pemikiran terhadap bahasa, sastera dan budaya;

– Mengusahakan kaedah terbaik bagi membincangkan dan mengutarakan impak terhadap nilai pengkaryaan serta pemikiran dengan harapan untuk menyatukan kefahaman antara penganjur, karyawan dan peminat sastera dalam usaha mengembangkan serta mempergiat program penulisan.

Para peserta didedahkan kepada bentuk asas penulisan dan cara untuk mencari ilham semasa menulis.

Program anjuran Fungsi Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP Cawangan Sarawak, ini berkonsepkan penambahbaikan dari segi pengkaryaan dengan membincangkan pelbagai perkara yang mampu memantapkan nilai karya dengan isu yang lebih signifikan dan relevan selaras dengan perkembangan semasa selain berkongsi pandangan serta idea baharu.

Secara keseluruhannya, program ini dilaksanakan dalam bentuk bimbingan sehari yang dibahagikan kepada tiga sesi untuk satu genre. Misalnya, sesi pengenalan, sesi amali/penulisan karya dan sesi perkongsian/perbincangan dua hala antara pembimbing dengan peserta. Sasaran bagi genre puisi tercapai sepenuhnya apabila para peserta berupaya menyiapkan karya masing-masing dan diulas satu persatu dengan pendekatan mengulang kembali segala teknik asas penulisan yang disampaikan pada awalnya.

Peserta program Minggu Penulis Kanak-kanak dan Minggu Penulis Remaja gembira kerana berjaya menimba ilmu dan pengalaman selama dua hari menyertai program tersebut.

Radzemah Bolhassan(kiri), Pn Haliza Jamaluddin, Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak (tengah), dan Rosani Hiplee (kanan) bergambar kenangan dalam majlis penutupan program Minggu Penulis Kanak-kanak dan Minggu Penulis Remaja .

Selain dijadikan landasan untuk memilih peserta program Bakat Tunas di Kuala Lumpur, MPKKR 2018 ini juga sebenarnya merupakan usaha serius untuk membina penulis baharu yang boleh menembusi wadah kesusasteraan peringkat kebangsaan. Konsep pembinaan yang bermula dari akar umbi ini pasti boleh membantu ekosistem dunia penulisan secara umumnya dan sastera khasnya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049040
    Visit Today : 1358
    This Month : 31639
    Total Visit : 1049040
    Hits Today : 4856
    Total Hits : 4303902
    Who's Online : 9
  • Kategori