BUKAN mudah mencari kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga. Kebahagiaan yang kadangkala dinilai dan diukur dengan mudahnya oleh orang sekeliling tanpa mengetahui keadaan sebenar. Berada dalam masyarakat kini yang mementingkan kesempurnaan, kegagalan mendapat zuriat sering kali menjadi pertanyaan dan gurau senda sehingga menyebabkan Afefa Syakila dan Uwais Akasyah mengasingkan diri dan kurang bersosial.

Kategori: Buku Baharu

  Judul: Memori Terindah Kata Pengantar: Siti Aisah Murad Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun: 2019 Pengulas: ATIQAH ABD RAHIM Antologi cerpen kanak-kanak, Memori Terindah menghimpunkan karya cerpen daripada penulis kanak-kanak yang akan menjadi pelapis dalam dunia penulisan. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengetengahkan bakat muda dengan penerbitan antologi ini seharusnya dipuji dan dilaksanakan secara berterusan. Penulis kanak-kanak untuk antologi ini merupakan peserta program Minggu Penulis Kanak-kanak (MPKK) […]

NEGERI PARI-PARI menghimpunkan kumpulan cerpen daripada seorang penulis yang berasal dari Kampung Takuli, Beaufort, Sabah yang bernama Rodiah Haji Said. Sebahagian hasil karya cerpen beliau pernah diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera, Harian Ekspres, Utusan Borneo dan Berita Harian. Mengambil tajuk utama cerpen, “Negeri Pari-pari”, sejumlah 21 buah cerpen dimuatkan dalam buku ini. Antaranya ialah “Ampuni Aku”, “Anna”, “Cahaya di Laut Mediterranean”, “Bunga, Lalang dan Tujuh Malaikat”, “Kaca yang Merana”, “Maya Rokonza”, “Negeri Pari-pari”, “Nenek”, “Oxford Street”, “Pari-pari di Bawah Sayap Malaikat”, “Patriotik Atas Sejarah”, “Patung Kaku Buat Seniman”, “Pelakon Teater”, “Saging”, “Sekuntum Peony di Atas Kuburan”, “Sepasang Mata Setelah Bebas”, “Syair Siti Raham”, “Muara Kuala Tambing”, “Seorang yang Berhormat”, “Negeri Bulan” dan “Berdiri Lurus”.

Kategori: Ulasan Buku

Jarang sekali cerita rakyat daripada etnik-etnik kecil di Sarawak diterbitkan untuk bacaan umum. Kumpulan cerita rakyat Sarawak susunan Jiso Rutan dan Abdul Kadir Mohd Yunus ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada pembaca untuk memahami warisan budaya dan tradisi lisan kumpulan Orang Ulu di Sarawak dengan lebih dekat. Etnik Orang Ulu terdiri daripada orang Kayan, Kenyah, Kelabit, Bukitan, Bisaya, Sian, Tabun, Saban dan lain-lain. Kumpulan cerita ini menghimpunkan sebanyak 18 buah cerita rakyat orang Punan, iaitu salah satu kumpulan Orang Ulu yang tinggal di bumi Borneo. Punan dan Penan ialah dua etnik yang berbeza, tetapi selalu disamaertikan terutamanya mereka yang belum mengenali kedua-duanya. Orang Punan lebih tertumpu di Sungai Bah di Belaga, Sungai Kakus di Tatau dan Kuala Pandan di Ulu Sebauh.

Kategori: Ulasan Buku

PERKAMPUNGAN yang berdekatan di kaki Gunung Bongsu itu tidak ramai penduduk yang tinggal. Kawasannya terlindung oleh pokok-pokok besar yang merimbun. Selain daripada menoreh getah, pekerjaan utama bagi penduduk kampung ini adalah berhuma,mencari rotan, akar kayu,akar seruntun serta ulam-ulaman seperti petai dan genuak sehingga sampai ke kaki Gunung Bongsu.

Kategori: Ulasan Buku

BAGAI sirih pulang ke gagang, begitulah ibaratnya buat penyandang jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-11, iaitu Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan. Pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang baharu ini berkuatkuasa pada 22 Mei 2020 untuk tempoh tiga tahun. Beliau  menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Kategori: Berita, Featured

Kenangan Ayah merupakan sebuah kisah menarik yang mengimbau kenangan manis masa lalu yang akan sentiasa menjadi ingatan zaman anak-anak penulis mahupun pembaca yang sarat dengan tauladan. Penulis mencoret himpunan puisi kanak-kanak yang berkisar tentang tiga aspek penting dalam mendepani kehidupan yang sejahtera iaitu kasih sayang, pendidikan dan persahabatan. Inilah formula kehidupan yang perlu dipegang oleh generasi mendatang dalam mendepani norma hidup seharian. Dengan penggunaan bahasa mudah dalam bentuk pantun dan pendekatan puisi moden, ia bertepatan dengan kumpulan sasar iaitu kanak-kanak bahkan remaja dalam mengambil unsur nasihat secara bersahaja, namun menerusi gaya kata yang menarik dan tersusun kemas.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1062814
    Visit Today : 543
    This Month : 11067
    Total Visit : 1062814
    Hits Today : 1854
    Total Hits : 4364639
    Who's Online : 15
  • Kategori