Nilai murni serta sifat terpuji peribadi dapat dizahirkan melalui bahan bacaan dalam bentuk pantun, sajak, syair dan gurindam. Hal ini merupakan salah satu inisiatif bagi memperkenalkan serta memesrakan remaja dengan bahan bacaan yang berunsur sastera Melayu sama ada kesusasteraan Melayu lama mahupun baru.

Kategori: Buku Baharu

Antara topik yang terkandung dalam buku ini ialah perkembangan model atom, sifat nukleus, model struktur nuklear, keradioaktifan yang meliputi pereputan alfa, beta dan gama, interaksi sinaran pengion dengan jirim, zarah asas yang membentuk jirim dan tindak balas nuklear, terutamanya pembelahan dan perlakuran dalam penjanaan tenaga nuklear. Bantuan gambar rajah yang menarik akan memudahkan proses pemahaman pembaca.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini menceritakan tentang Mila yang baru dihadiahi seekor burung murai oleh bapa saudaranya, iaitu Pak Su Azman. Pak Su Azman terjumpa burung tersebut di belakang rumahnya dalam keadaan sayap kirinya hampir patah lalu merawatnya. Burung murai itu kini telah sembuh.

Kategori: Buku Baharu

Umum mengetahui bahawa fungsi utama papan tanda kedai adalah untuk memberikan maklumat yang tepat tentang jenis dan aktiviti perniagaan kedai. Selain itu, papan tanda juga berfungsi untuk mempromosikan produk, menjadi daya penarik supaya orang mahu singgah dan masuk ke kedai, menerangkan nama kedai, memudahkan orang untuk mencari kedai, dan memudahkan orang untuk mengingati nama kedai kita.

Kategori: Puji & Tegur

Pada 9 Mac 2018, di Dewan Seminar Dato’ Hassan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan Wacana Pengurusan. Wacana “Jati Diri Bangsa dan Bahasa” anjuran Akademi DBP ini telah disampaikan oleh Dato’ Haji A. Aziz Deraman, Presiden Peradaban Melayu Malaysia-Kelantan (PERADABAN) yang juga merupakan mantan Ketua Pengarah DBP.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) telah menjalin sinergi untuk melaksanakan Bengkel Pembinaan Bakat Penulisan Kreatif Puisi. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada peserta bagi menghasilkan karya kreatif dan seterusnya menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam proses penulisan kreatif.

Kategori: Berita, Featured

Orang Seletar ialah suku kaum Orang Asli yang pada masa dahulu tinggal sepanjang masa di dalam sampan berkajang di pesisir pantai Selat Tebrau, Johor. Mereka digambarkan sebagai orang yang berambut kusut-masai dan berpakaian daripada kulit kayu kempas atau nyirih.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Bagi mengangkat kebudayaan dan warisan Melayu masyarakat setempat di wilayah Thailand selatan, Perbandaran Wilayah Yala sekali lagi menganjurkan Hari Melayu Yala Ke-5 dari 9 Februari hingga 11 Februari 2018. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Krisyapong Siri, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan Thailand.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1063304
    Visit Today : 1033
    This Month : 11557
    Total Visit : 1063304
    Hits Today : 3700
    Total Hits : 4366485
    Who's Online : 11
  • Kategori