Media sosial memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian masyarakat masa kini. Sifatnya yang interaktif, digital dan global membuatkan medium ini menjadi fenomena alaf baru dunia.

Kategori: Berita, Featured

Pada 17 hingga 22 Mac 2018 yang lalu, bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, Negeri Sembilan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2018. Program ini telah berjaya menghimpunkan 16 orang peserta untuk mengasah bakat dalam penulisan cerpen dan puisi.

Kategori: Berita, Featured

Buku yang menghimpunkan 63 teks ucapan terpilih dari tahun 2009 hingga tahun 2015 ini melakarkan lima tema utama, iaitu Agama, Ekonomi dan Pendidikan, Sosial dan Kemasyarakatan, Transformasi dan Perkhidmatan Awam, serta Undang-undang dan hubungan Antarabangsa. Buku ini merupakan dokumentasi penting yang dapat dijadikan rujukan dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan dan agenda pembangunan negara, sama ada pada zaman ini atau pada masa hadapan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Oleh WAN NORASIKIN WAN ISMAIL MASYARAKAT Melayu sering kali dilabelkan sebagai bangsa yang tidak tahu menghargai masa. Ungkapan“janji Melayu”kerap digunakan untuk menggambarkan orang Melayu yang tidak menepati masa. Jika diperhalus budaya masyarakat Melayu pada waktu itu, tanggapan masyarakat Melayu tidak menghargai masa kurang tepat. Pada masa dahulu, orang Melayu tidak mempunyai pengukur masa yang tepat. Oleh itu, mereka menggunakan pengukuran masa yang berkaitan rapat dengan alam sekeliling dan corak hidup […]

Kategori: Makalah

Kereta lembu merupakan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan negeri Melaka. Diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian, iaitu badan, roda, gandar dan kajang.

Kategori: Featured, Warisan

Jika saya menyingkap di sebalik kepala Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, barangkali yang saya ketemui adalah aneka aksara yang sukar didiskripsikan, seperti muka depan sampul buku tersebut. Buku ini adalah kumpulan esei-seinya berkenaan sastera. Kesemua eseinya dikumpulkan daripada ruangan kolumnya di majalah Dewan Sastera seawal tahun 2000 sehinggalah tahun 2015.

Kategori: Ulasan Buku

Tirai Mac 2018 dibuka dengan Bengkel Pembinaan Bakat Siswa Penulisan Ilmiah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. Bengkel pada tahun ke-11 ini telah diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Nilai, Negeri Sembilan pada 2-4 Mac 2018.

Kategori: Berita, Featured

Karya terbaru hasil nukilan Awang Sariyan, Di Denai Kehidupan memuatkan 143 buah puisi yang membawa tema seperti moral Islam, perjuangan bangsa dan negara, pembinaan akal dan budi bangsa dan agama sebagai tonggak peradaban bangsa, serta pembentukan jati diri dan wawasan bangsa, yang bertunjangkan ilmu pengetahuan.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1047318
    Visit Today : 934
    This Month : 29917
    Total Visit : 1047318
    Hits Today : 2505
    Total Hits : 4297307
    Who's Online : 8
  • Kategori