Oleh SITI IRNI YUSLINDA BINTI MOSMAN 

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) telah menjalin sinergi untuk melaksanakan Bengkel Pembinaan Bakat Penulisan Kreatif Puisi. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada peserta bagi menghasilkan karya kreatif dan seterusnya menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam proses penulisan kreatif.

Para peserta cuba menghasilkan karya kreatif masing-masing.

Para peserta cuba menghasilkan karya kreatif masing-masing.

Para peserta terdiri daripada 36 orang pelajar IPGKPI yang bukan sahaja daripada jurusan bahasa Melayu, malah pelajar jurusan bahasa Arab. Bengkel ini diadakan selama satu hari, iaitu pada 10 Februari 2018 (Sabtu) di Dewan Abdul Jalil, IPGKPI, Bangi, Selangor.

Encik Mohd Jusoh bin Majid ketika memberi bimbingan dalam bengkel tersebut.

Encik Mohd Jusoh bin Majid ketika memberi bimbingan dalam bengkel tersebut.

Sepanjang sesi bengkel berlangsung, para peserta telah dibimbing secara intensif oleh Encik Mohd Jusoh Majid, Perancang Bahasa, DBP, bagi menghasilkan puisi yang indah dan berkualiti, menggunakan ideologi dan falsafah moden, selaras dengan perkembangan zaman.

Puisi yang digubah dengan pemilihan kata yang indah dan segar serta tema yang baharu dapat menarik minat editor dan peminat sastera untuk menghayati dan mengapresiasinya. Selain itu, gubahan puisi yang indah juga diharap dapat menarik minat pembaca terutama golongan generasi muda untuk bersama-sama meminati sastera Melayu.

Majlis penutupan perasmian disempurnakan oleh Dr. Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPGKPI, Bangi, Selangor.

Majlis penutupan perasmian disempurnakan oleh Dr. Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPGKPI, Bangi, Selangor.

Secara keseluruhannya, bengkel ini mencapai objektif penganjurannya, iaitu untuk menggalakkan penulis muda mendalami ciri-ciri kebahasaan bagi menghasilkan puisi yang segar dan bermutu serta mengandungi falsafah sebagai pengetahuan, teladan dan kebaikan kepada pembaca.

Para peserta yang hadir dalam Bengkel Pembinaan Bakat Penulisan Kreatif Puisi.

Para peserta yang hadir dalam Bengkel Pembinaan Bakat Penulisan Kreatif Puisi.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1051654
    Visit Today : 967
    This Month : 34253
    Total Visit : 1051654
    Hits Today : 3129
    Total Hits : 4317590
    Who's Online : 5
  • Kategori