umpama harum

 

Judul              :           Umpama Harum Bunga

Penulis           :           Nawawee Mohammad

Harga             :           RM12.00

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

NILAI murni serta sifat terpuji peribadi dapat dizahirkan melalui bahan bacaan dalam bentuk pantun, sajak, syair dan gurindam. Hal ini merupakan salah satu inisiatif bagi memperkenalkan serta memesrakan remaja dengan bahan bacaan yang berunsur sastera Melayu sama ada kesusasteraan Melayu lama mahupun baru.

Umpama Harum Bunga merupakan kumpulan puisi yang dinukilkan khusus oleh penulis untuk golongan remaja sebagai bahan bacaan alternatif selain novel dan cerpen yang melambak di pasaran hari ini. Tema yang dimuatkan dalam buku ini seputar tentang remaja, iaitu tentang moral dan kemanusiaan, kecintaan terhadap alam dan pertiwi, kehidupan dan alam benda serta kehidupan binatang. Buku puisi ini dibahagikan kepada empat kelompok di bawah subtajuk, iaitu “Rahsia Muafakat”, “Umpama Harum Bunga,”, “Bagai Sepasang Rel” dan “Jangan Ibarat Tikus”. Pemilihan kata dan diksi yang ringkas tetapi tepat telah memberikan makna yang mendalam kepada puisi-puisi dalam buku ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1047639
    Visit Today : 1255
    This Month : 30238
    Total Visit : 1047639
    Hits Today : 3957
    Total Hits : 4298759
    Who's Online : 8
  • Kategori