Terdapat 15 buah cerpen dalam kumpulan ini yang meliputi pelbagai sisi kehidupan – hubungan keluarga, alam persekolahan, konflik dunia, sejarah, keagamaan dan sebagainya. Kisah yang digarap pasti menyentuh hati pembaca kerana yang berlaku biasa dialami, diperhatikan, didengar dan dipaparkan. Antaranya kisah guru yang lahir di ibu kota terpaksa mencurahkan bakti di pedalaman. Atau hayatilah kisah pilu sepasang suami isteri yang menghadapi kemungkinan kehilangan anak yang menghidapi sakit hati yang gagal berfungsi.

Kategori: Buku Baharu

Dunia pendidikan mempunyai banyak ragam tersendiri yang dilalui oleh setiap insan. Penulis yang berlatarbelakangkan kerjaya perguruan merupakan individu yang layak merakamkan segala pengalamannya dalam bentuk karya kreatif.

Kategori: Buku Baharu

Kumpulan cerpen ini menghimpunkan 30 buah karya penulis mapan yang membawakan pelbagai tema yang menyentuh pelbagai sisi kehidupan hari ini. Ada yang menyentuh perjalanan harian masyarakat kota dan desa, tentang sosial dan budaya, dan tidak ketinggalan tentang politik.

Kategori: Buku Baharu

OTG

Monodrama ialah drama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja yang membawakan pelbagai isu dalam satu struktur naratif dengan kepelbagaian watak. OTG merupakan himpunan karya penulis yang sebahagiannya telah dipentaskan di bawah arahan beliau sendiri.

Kategori: Buku Baharu

Novel ini mengisahkan Kesulu, gadis yang memegang amanah untuk mentadbir Kampung Deasoka, setelah kematian bapanya. Walaupun berjaya menjadi pemimpin yang disegani, Kesulu tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah rakyat dan ragam orang-orang di sekelilingnya.

Kategori: Buku Baharu

Secara umumnya Ahli Kitab merujuk kepada mana-mana golongan yang mempercayai dan menerima wahyu dan memperakui nabi walaupun dengan kepercayaan yang menyeleweng. Konflik dan percanggahan pendapat masyarakat tentang golongan ini masih belum ada titik noktahnya. Antara yang paling banyak diperkatakan perkahwinan orang Islam dengan Ahli Kitab, aspek halal dan haram, penyembelihan dan pemakanan.

Kategori: Buku Baharu

Arbak bukanlah penyair biasa yang menghasilkan puisi mudah atau bersifat konvesional, sebaliknya menyenangi puisi sukar hingga ada ketikanya dipinggirkan oleh kebanyakan pengkaji. Hal ini tidaklah bermakna karya Arbak tidak bagus kerana beliau kerap memenangi sayembara penulisan utama negara.

Kategori: Buku Baharu

Novel ini mengisahkan Dr. Syaari yang memburu rahsia kehidupan yang sebenar. Setelah menamatkan pengajian, dia meneruskan perjalanan berkerjaya dalam pelbagai bidang untuk menyara kehidupannya di ibu kota Negeri Di Bawah Bayu. Dia berguru dengan Murad, guru sufi yang bersikap sederhana, namun memiliki ilmu agama yang tinggi, kukuh dan konsisten.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1045032
    Visit Today : 1453
    This Month : 27631
    Total Visit : 1045032
    Hits Today : 5389
    Total Hits : 4290362
    Who's Online : 5
  • Kategori