Judul : Noktah Sebuah Perjalanan
Penulis : Ahmad J. Hussein
Harga : RM25.00
Tahun : 2016
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
KUMPULAN cerpen ini menghimpunkan 30 buah karya penulis mapan yang membawakan pelbagai tema yang menyentuh pelbagai sisi kehidupan hari ini. Ada yang menyentuh perjalanan harian masyarakat kota dan desa, tentang sosial dan budaya, dan tidak ketinggalan tentang politik.
Sebagai pengarang berpengalaman, Ahmad membentuk keperibadian yang luhur dalam jiwa pembaca melalui karyanya. Dengan gaya yang tersendiri dan bersahaja, beliau mampu mengolah setiap kisah dengan menarik di samping mengundang daya kritis pembaca.