mawar

Judul              :           Mawar Cinta Ayuni

Penulis           :           Husna Nazri

Harga             :           RM13.00

Tahun             :           2016

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

TERDAPAT 15 buah cerpen dalam kumpulan ini yang meliputi pelbagai sisi kehidupan – hubungan keluarga, alam persekolahan, konflik dunia, sejarah, keagamaan dan sebagainya. Kisah yang digarap pasti menyentuh hati pembaca kerana yang berlaku biasa dialami, diperhatikan, didengar dan dipaparkan.

Antaranya kisah guru yang lahir di ibu kota terpaksa mencurahkan bakti di pedalaman. Atau hayatilah kisah pilu sepasang suami isteri yang menghadapi kemungkinan kehilangan anak yang menghidapi sakit hati yang gagal berfungsi.

Kepelbagaian kisah ini mungkin ada antaranya berlaku pada diri sendiri. Kisahnya banyak berkisar seputar keluarga dengan dugaan yang silih berganti. Banyak teladan yang boleh dipelajari dalam menghadapi marcapada ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1051486
    Visit Today : 799
    This Month : 34085
    Total Visit : 1051486
    Hits Today : 2437
    Total Hits : 4316898
    Who's Online : 9
  • Kategori