Judul : Deasoka: Kisah yang Terpendam
Penulis : Faridah Abdul Hamid
Harga : RM25.00
Tahun : 2016
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
NOVEL ini mengisahkan Kesulu, gadis yang memegang amanah untuk mentadbir Kampung Deasoka, setelah kematian bapanya. Walaupun berjaya menjadi pemimpin yang disegani, Kesulu tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah rakyat dan ragam orang-orang di sekelilingnya.
Kesulu dicemburui oleh Dalus, adiknya sendiri dan ditentang oleh Tigom, orang kepercayaan yang dilantiknya. Dia juga menyimpan rahsia yang dipendam di lubuk hatinya; rahsia yang berkaitan perasaan rindu terhadap Subungan.
Mampukah dia menghadapi tiga dugaan yang cukup berat ditanggung, berbanding dengan berhadapan dengan masyarakat umum?