BUKU berkaitan dengan bidang kaunseling ini boleh menjadi rujukan khusus kepada guru bimbingan dan kaunseling serta kaunselor di sekolah mahupun di institut pendidikan tinggi (IPT).

Kategori: Buku Baharu

KAMUS Perikanan ini mengandungi 571 istilah berserta huraian yang disediakan oleh pakar yang mahir dalam bidang berkenaan. Kamus ini terdiri daripada tiga subbidang, iaitu rekreasi, teknologi perikanan dan hasil penangkapan ikan.

Kategori: Buku Baharu

HIMPUNAN puisi Bisik Cakerawala merupakan hasil karya peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2015. Garapan puisi yang meliputi pelbagai tema seperti ketuhanan, kekeluargaan, kasih sayang, saling hormat-menghormati, mencintai alam sekitar, perasaan dan emosi penulis.

Kategori: Buku Baharu

KUMPULAN Cerpen Cerita Sarah Leong, Malim Ghozali PK mengajak audiens menjenguk ke daerah-daerah yang penuh dengan warna dan misteri kehidupan. Pengarang bukan saja memaparkan dunia melankoli, rindu yang tak kesampaian, sejarah kegemilangan budaya bangsa, perjuangan membebaskan bangsa dan agama daripada tirani, bahkan dunia orang tidak siuman dalam cerpen Dia, Dr. Hasni dan Bunga II: Api Marak Semula dan cinta rentas budaya dalam cerpen Cerita Sarah Leong.

Kategori: Buku Baharu

BERSEMPENA dengan ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-64, DBP telah menganjurkan Wacana Minda Siri Pertama yang bertajuk, “Ilmu dalam Pembinaan Tamadun” oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, pemegang Kursi Pemikiran Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas, Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofia (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia. Program bicara tersebut bersiaran langsung melalui laman rasmi Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 29 Jun 2020, jam 2.30 petang.

Kategori: Bicara, Wawancara

KITA perlu memberikan perhatian kepada penjagaan kesihatan jantung kerana jika tidak, kita mungkin akan menghadapi serangan penyakit jantung yang boleh membawa maut.

Kategori: Ulasan Buku

KEUNGGULAN sejarah kepemimpinan negarawan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam sejarah Malaysia dan sejarah politik Malaysia amat terkenal sebagai Bapa Pembangunan Malaysia kerana sumbangan beliau dalam pembangunan kawasan luar bandar dan masyarakat luar bandar menerusi Dasar Ekonomi Baru.

Kategori: Makalah

BUKU Meneroka Khasiat Tempe ini memberikan pendedahan mengenai khasiat tempe yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu. Buku ini mengandungi lima bab yang menceritakan tentang kacang soya sebagai ramuan utama tempe, kandungan nutrien dan antinutrien tempe, tempe sebagai makanan fungsian dan resipi sihat berasaskan tempe.

  • Arkib

  • Statistik

    1063306
    Visit Today : 1035
    This Month : 11559
    Total Visit : 1063306
    Hits Today : 3707
    Total Hits : 4366492
    Who's Online : 7
  • Kategori