Buku berkaitan dengan bidang kaunseling ini boleh menjadi rujukan khusus kepada guru bimbingan dan kaunseling serta kaunselor di sekolah mahupun di institut pendidikan tinggi (IPT). Penulisan bidang yang khusus seperti ini memerlukan penulis yang pakar dan berpengalaman serta berpengetahuan mendalam dalam bidang yang ditulis. Usaha murni ini merupakan sebuah pendokumentasian khazanah ilmu dalam bidang ini. Buku berbentuk terapi kejiwaan ini membincangkan suatu inovasi pendekatan kaunseling dari perspektif Islam untuk membantu para kaunselor pada setiap peringkat persekolahan dan IPT. Walau bagaimanapun, ujian pelaksanaan Terapi Jiwa al-Qur’an (TJQ) ini lebih memberikan tumpuan pada proses kaunseling dalam kalangan pelajar di IPT.

Penulisan buku Terapi Kejiwaan Berasaskan al-Qur’an ini memaparkan rawatan berdasarkan Terapi Jiwa al-Qur’an (TJQ) yang juga dikenali sebagai Therapy Quranic Soul (TQS). Terapi kejiwaan ini mengambil inti pati beberapa ayat al-Qur’an dan Asma al-Husna untuk diaplikasikan semasa proses terapi kejiwaan dilaksanakan. Kajian TQS ini memenangi anugerah inovasi dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013 dan mendapat anugerah gangsa dalam Karnival Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun yang sama.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048695
    Visit Today : 1013
    This Month : 31294
    Total Visit : 1048695
    Hits Today : 3263
    Total Hits : 4302309
    Who's Online : 19
  • Kategori