BUDAYA adalah segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, politik, nilai, norma, undang-undang, bahasa, peraturan, dan bahan-bahan (Noran Fauziah, 1987). Mengikut definisi dominan yang diberi oleh Edward B. Taylor yang mendefinisikan budaya ialah satu keseluruhan yang kompleks yang merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, undang-undang, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain yang diperolehi manusia sebagai ahli masyarakat.

Kategori: Warisan

BAHASA dan agama ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama yang lain. Setiap bahasa mempunyai sejarah dalam penyebaran agama di dunia sehingga agama tersebut dapat disebarluaskan dan ajarannya dianuti oleh sekalian manusia.

Kategori: Ulasan Buku

KEGEMILANGAN kerajaan negeri Johor telah diwarisi daripada kegemilangan kerajaan Melaka setelah kejatuhan Potugis. Sultan Mahmud Shah yang melarikan diri ke Johor dan kemudian ke Pahang dan ke Bintan telah meletakkan Johor sebagai sebuah negeri yang disegani. Setelah kemangkatan baginda (1528), kegemilangan pemerintahan Johor dilegasikan kepada anakanda baginda, Raja Alaudin yang menggunakan gelaran Sultan Alaudin Riayat Shah II. Sultan Alaudin Riayat Shah II berjaya membina empayar pemerintahan dan perdagangan di (Johor Lama) yang kini dikenali sebagai Kota Tinggi (1529).

Kategori: Makalah

Sebelum pembaca membeli atau membaca buku ini, pembaca wajib menelaah buku Revolusi Mental yang diterbitkan pada tahun 1971 dan menjadikannya sebagai rujukan utama di samping buku tulisan Syed Hussein Alatas ini. Jikalau tidak, ia hanyalah sia-sia. Hal ini adalah kerana penulis buku atau risalah ini menyampaikan pandangan dan menyangkal kebanyakan hujah yang diketengahkan oleh penulis Revolusi Mental. Pada masa yang sama, penulis mencadangkan hujah dan penerangan alternatif bagi kemunduran ekonomi orang Melayu yang sentiasa ditekankan.

Kategori: Ulasan Buku

Paku-pakis atau lebih dikenali dengan pucuk paku merupakan sejenis sayur yang begitu sinonim dalam masakan masyarakat Malaysia. Kelazatan paku-pakis terutamanya masak tumis sayur pucuk paku membuatkannya sangat popular dalam kalangan penggemar sayur. Keunikannya terserlah dengan bentuk daun yang memanjang dan mudah hidup meliar di kawasan hutan, tebing sungai, kawasan ladang atau hidup secara menumpang di pokok. Tambahan pula, harganya yang murah dan mudah didapati di pasar menjadikannya salah satu sayur kegemaran rakyat Malaysia.

Kategori: Ulasan Buku

MANISNYA Rambutan Kampung mengisahkan Mak Engku Tuan Wok, seorang wanita tua yang mempunyai semangat yang kental dan kegigihan dalam mempertahankan warisan tradisi turun-temurun yang diwarisinya. Malangnya, anak-anak Mak Engku Tuan Wok langsung tidak mengikut semangatnya dan sering sahaja mengetepikan tradisi yang diamalkan bertahun lama.

Kategori: Buku Baharu

MENGHIMPUNKAN 108 buah sajak pilihan daripada tiga buah kumpulan puisi, masing-masing berjudul Gamaruang, Hujan di Limun Pagi dan Sajak-sajakku Tak Pernah Tahu. Terdapat juga enam buah sajak yang tidak ada dalam kumpulan-kumpulan terawal.

Kategori: Buku Baharu

BAIK Benang, Cantik Tenunan memuatkan 100 buah sajak yang mengandungi pesan dan iktibar, mengajar manusia mempelajari kehidupan daripada alam dan insan. Kumpulan sajak ini juga menerapkan unsur-unsur keagamaan, peradaban dan nasihat.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1062607
    Visit Today : 336
    This Month : 10860
    Total Visit : 1062607
    Hits Today : 1168
    Total Hits : 4363953
    Who's Online : 7
  • Kategori