Novel berjudul Puteri Putih yang ditulis oleh Murad Arsad ini berkisar tentang kisah dendam kesumat Belanda terhadap Sultan Ibrahim yang membantu Raja Haji ketika pertempuran di Melaka. Tentera Sultan Ibrahim diketuai oleh Panglima Puteri Putih berjaya menewaskan tentera Belanda. Hutang darah dibalas dengan darah, hutang nyawa dibalas dengan nyawa. Gabenor Willem Arnold Altingsburg bertekad menyerang Kota Malawati, Kuala Selangor. Tenteranya diketuai oleh Laksamana Sir Jacob Pieter van Braam dan dibantu oleh Kapten Dirk van Hogendrop. Askar-askarnya sering diganggu oleh peristiwa misteri. Seorang demi seorang askar Belanda mati secara tiba-tiba.

MENURUT Syed Hussein Alatas menerusi bukunya, Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, apabila sebuah negara dikuasai dengan masalah rasuah, ia membawa kepada kemunculan negara kleptokratis. Negara kleptokratis dikuasai oleh para kleptokrat yang melibatkan diri dalam rasuah sebagai alat pengeluaran yang utama.

Kategori: Suara Anak Muda

CERPEN adalah pantulan kehidupan. Penulisnya menulis kembali apa yang terjadi kepada dirinya atau yang berlaku di persekitarannya. Seni adalah peniruan alam, seperti kata Arsitotle. Baik seni lukis, lakonan atau kesusasteraan. Saya percaya cerpen-cerpen karya Malim Ghozali PK dalam buku terbaharunya terbitan DBP iaitu Kumpulan Cerpen Cerita Sarah Leong mengambil semangat demikian.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1062307
    Visit Today : 36
    This Month : 10560
    Total Visit : 1062307
    Hits Today : 250
    Total Hits : 4363035
    Who's Online : 16
  • Kategori