Bahasa Melayu merupakan bahasa yang indah dan sinonim dengan masyarakat Timur yang cukup dikenali dengan sopan santun dan tatatertib. Keindahan tutur katanya membuatkan Bahasa Melayu begitu dikagumi dan turut dipelajari oleh sebilangan penduduk yang tinggal di luar negara. Dalam kelembutannya, apa-apa yang salah masih ditegur. Maka tidak hairanlah jika ada begitu banyak peribahasa, bidalan, dan pepatah untuk menegur sikap manusia itu sendiri. Tidak cukup dengan itu, bahasa Melayu turut kaya dengan cerita rakyat sebagai pengajaran dan teladan dalam kehidupan.

Kategori: Suara Anak Muda

Psikolinguistik merupakan satu ilmu baharu yang sangat penting, terutamanya dalam pengajaran bahasa dan pembacaan permulaan. Masalah pengajaran bahasa dan pengajaran pembacaan permulaan merupakan masalah psikolinguistik dan seharusnyalah diselesaikan dengan prinsip-prinsip psikolinguistik itu.

Kategori: Ulasan Buku

Pada 6 Disember 2014, pukul 11.54 pagi, penulis ini, yang sedang menikmati udara cuti hujung minggu, tiba-tiba menerima mesej yang memeranjatkan dan menakutkan daripada Prof. Madya Dr. Talib Samat. “Perjalanan ke batu dua batu nisan dan universiti lubang kubur.”

Kategori: Bakat, Featured

Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan Darul Naim. Bandar ini dibuka ketika pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran, perniagaan dan pelancongan bagi negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, tinjauan pada kali ini mencari kesalahan bahasa Melayu yang terdapat di bandar Kota Bharu. Tujuan kesalahan bahasa didedahkan bukanlah untuk membuka pekung mana-mana pihak sebaliknya agar kesalahan tersebut dapat dibaiki supaya lebih persis.

Kategori: Featured, Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    1062088
    Visit Today : 1239
    This Month : 10341
    Total Visit : 1062088
    Hits Today : 4533
    Total Hits : 4360865
    Who's Online : 9
  • Kategori