Tepat pada masanya iaitu di tengah-tengah kegawatan bahan bacaan ilmiah santai, Unit Perkembangan Wanita, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah menganjurkan bengkel Penulisan Kreatif (Perubatan dan Kesihatan) dengan kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 23 hingga 24 Julai 2016 yang lalu.

Kategori: Berita, Sastera Kreatif

SENI persembahan bererti pertunjukan yang dipertontonkan kepada orang ramai. Ia bertujuan sebagai pengisian untuk keperluan agama dan kepercayaan, 1upacara dan perasmian, hiburan dan permainan, ritual, pengubatan atau kesukanan, bahkan juga untuk tujuan pengiklanan dan penjualan. Perlakuan mempersembahkan sesuatu merupakan daya usaha untuk berkomunikasi sesama kelompok mereka atau dengan kelompok yang lain. Ia akan menghasilkan kefahaman kepada para penonton. Selain itu, ia bertujuan untuk memperluaskan perasaan, pemikiran dan harapan iaitu daya untuk berkomunikasi dengan penonton. Seni persembahan sering dikaitkan dengan pengerjaan bersama-sama serta sambutannya. Sambutan yang diterima akan menitik tolak kejayaan sesuatu persembahan. Sesebuah hasil seni persembahan hanya dapat dinikmati semasa ia dipersembahkan sahaja. Walaupun terdapat sesetengah persembahan dipersembahkan berkali-kali boleh berubah atau bertukar oleh faktor yang menguasai pemain. Seni persembahan merupakan pengalaman yang dapat menguji pencapaian intelek, emosi dan nilai hidup para pemain mahupun penonton.

Kategori: Warisan

Secara umumnya Parlimen merupakan tempat berlangsungnya perdebatan antara Ahli Parlimen yang dilantik melalui pilihan raya umum. Perdebatan itu mencakupi perkara seperti pentadbiran, sosiopolitik, keselamatan dan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat yang telah memilih wakilnya di Parlimen. Sebahagian masyarakat tidak mengetahui sejarah penubuhan Parlimen, latar belakangnya, dan insan-insan yang pernah menggerakkan penubuhan dan perjalanan Parlimen.

Kategori: Ulasan Buku

Antara “menjolok mata” dengan “mencolok mata”, simpulan bahasa manakah yang paling tepat dan sepatutnya digunakan? Penulis pernah diajukan pertanyaan tentang perkara ini.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Siri Buah-buahan Komersial Malaysia terdiri daripada buku yang membicarakan beberapa jenis buah-buahan yang berpotensi untuk diusahakan secara besar-besaran. Buku Siri Buah-buahan Komersial Malaysia - Durian merupakan buku pertama dalam siri ini.

Kategori: Ulasan Buku

Dunia penerbitan semakin mengorak langkah menuju satu arus perdana yang mampu memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi penulis. Hari ini, semakin banyak penulis mula mengatur langkah menerbitkan karya sendiri. Bagaikan ikutan, semakin hari semakin banyak penulis yang mula berani menerbitkan karya mereka sendiri dengan jenama sendiri tanpa lagi memerlukan syarikat penerbitan yang besar dan hebat. Kebanyakan yang memilih untuk menerbitkan karya sendiri penulis tersohor yang sudah ada nama, pengikut dan pembaca mereka sendiri.

Kategori: Bicara

Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang menyediakan banyak gelar kurniaan istana. Antara gelar tersebut ialah datuk, datuk seri, tan sri dan tun. Gelar ini biasanya dikurniakan kepada individu yang banyak menaburkan jasa kepada negara, orang kenamaan dan golongan atasan.

Kategori: Puji & Tegur

Dahulu, kata kemudahan asas merupakan kata umum yang sering digunakan dalam penulisan, terutamanya di akhbar. Kemudiannya, kata ini digantikan pula dengan kata infrastruktur.

Kategori: Bahasa, Bimbingan
  • Arkib

  • Statistik

    1046871
    Visit Today : 487
    This Month : 29470
    Total Visit : 1046871
    Hits Today : 1090
    Total Hits : 4295892
    Who's Online : 11
  • Kategori