“Bahasa dan kesusasteraan dapat mencerminkan kehidupan, cara berfikir, harapan dan hasrat serta cita-cita bangsa kita. Hanya melalui kesusasteraan kita akan dapat melihat dan merasa apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita,” Kata Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Puan Padilah Haji Ali, ketika menyempurnakan Majlis Sayembara Puisi dan Lagu Mahasiswa 2016 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka pada 28 Februari 2016.