Oleh NORAZLINDA MISRAN

Peserta bergambar kenangan beramai-ramai.

Peserta bergambar kenangan beramai-ramai.

“Bahasa dan kesusasteraan dapat mencerminkan kehidupan, cara berfikir, harapan dan hasrat serta cita-cita bangsa kita. Hanya melalui kesusasteraan kita akan dapat melihat dan merasa apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita,” Kata Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Puan Padilah Haji Ali, ketika menyempurnakan Majlis Sayembara Puisi dan Lagu Mahasiswa 2016 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka pada 28 Februari 2016.

Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Menurut Padilah dalam ucapan perasmiannya, kuantiti karya sastera dalam bahasa kebangsaan meningkat dari tahun ke tahun. Namun, kita kalah dari segi mempromosikan karya sastera itu sendiri. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak DBP dalam membudayakan sastera dalam kalangan masyarakat Malaysia agar kesusasteraan Melayu tidak terkubur ditelan zaman. Sesungguhnya penganjuran program seperti ini dapat menarik minat generasi muda untuk lebih mendalami sastera Melayu melalui puisi.

Penciptaan lagu berdasarkan puisi bukanlah perkara mudah. Namun begitu, muzik dan sastera tetap seiring bagi menghasilkan seni yang bermutu tinggi, terutama melalui ungkapan kata yang puitis yang memancarkan nilai estetik serta mengandungi mesej yang baik untuk khalayak umum.

Pengucapan puisi melalui unsur muzik secara tidak langsung menterjemahkan unsur bunyi, ritma dan permainan kata yang diungkapkan oleh penyair, manakala penggubah lagu cuba menelusuri pemikiran penyair lewat kata dan bait puisi. Pengamatan penggubah itu dipindahkan ke dalam bentuk not muzik. Nyanyian yang baik akan menjadikan karya tersebut indah dan bermakna untuk dihayati dan diselami.

Antara kumpulan yang menyertai sayembara ini.

Antara kumpulan yang menyertai sayembara ini.

Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan pembangunan seni, budaya dan sastera seimbang dengan kemajuan pembangunan fizikal, maka, karya sastera dan novel-novel yang diterbitkan perlu lebih dinamik dan perlu dikembangkan atau diadaptasi ke dalam medium atau bentuk lain.

Johan dan vokal terbaik dimenangi oleh Mohd Adam Mohd Radzi dan Muhammad Hakimi Arif Rahiman.

Johan dan vokal terbaik dimenangi oleh Mohd Adam Mohd Radzi dan Muhammad Hakimi Arif Rahiman.

Mohd Adam Mohd Radzi dan Muhammad Hakimi Arif Rahiman

JAL_5974

Naib johan pula dimenangi oleh Seri Nazwa Mohammad Abdul Rani dan Zul Zhareef Danial Zolkifli

Sayembara ini dimenangi oleh Mohd Adam Mohd Radzi dan Muhammad Hakimi Arif Rahiman, iaitu kumpulan ke-6 yang turut memenangi hadiah vokal terbaik. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM700 serta hadiah iringan. Naib johan pula dimenangi oleh Seri Nazwa Mohammad Abdul Rani dan Zul Zhareef Danial  Zolkifli. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nik Farzieyana Nik Hassan dan Nureen Izazi Abdul Rahman. Puisi terbaik pula dimenangi oleh Nur Aishah al-Husna Ramli, Anis Farihah Rohaimi dan Muhammad Zamri Umar.

Sayembara Puisi dan Lagu Mahasiswa 2016 yang dianjurkan oleh UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka ini adalah dengan kerjasama DBP dan Persatuan Bahasa Melayu Kampus Alor Gajah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013416
    Visit Today : 679
    This Month : 32761
    Total Visit : 1013416
    Hits Today : 2246
    Total Hits : 4134351
    Who's Online : 12
  • Kategori