Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama International Baccalaureate (IB) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menganjurkan Bicara Sastera ke-3 pada 12 Februari 2016. Program Bicara Sastera kali ini mengundang Sasterawan Negara (SN) ke-13, Dato’ Dr. Zurinah Hassan bersama-sama Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), Profesor Dr. Hatta Azad Khan. Program sehari ini dihadiri kira-kira 40 orang pelajar diploma IB yang diadakan di Hall Of Fame, Kompleks Sultan Azlan Shah, IB MCKK.

Kategori: Berita

Pada 10 Mac 2016, bertempat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), telah diadakan Majlis Bicara Karya Tree of Sorrow: Calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016, karya Malim Ghozali Pk. Majlis ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Malaya (UM) dan Akademi Pengajian Melayu (APM).

Kategori: Berita, Featured

Ekonomi Politik Islam merangkumi tiga bidang utama iaitu ekonomi, politik dan sosial. Ketiga-tiga bidang ini disatukan menjadi satu bidang baharu kerana tiga bidang tersebut saling berkait antara satu sama lain. Hal ini terjadi kerana wujud jurang yang besar apabila ekonomi dan politik dipisahkan. Setelah wujudnya persaingan antara pengamal ekonomi dan politik, maka penggabungan dua bidang ini berjaya mewujudkan semula keharmonian antara semua ahli ekonomi dengan ahli politik.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Glosari Dialek Pahang ini merupakan salah satu daripada sembilan gloseri dialek yang telah berjaya dihasilkan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Lapan lagi gloseri yang telah diterbitkan ialah Gloseri Terengganu Edisi Kedua, Gloseri Kedah Edisi Kedua, Gloseri Kelantan, Gloseri Perak, Gloseri Pulau Pinang, Gloseri Melaka, Gloseri Negeri Sembilan dan Gloseri Johor.

Kategori: Uncategorized

Buku berjudul Pelan Pemakanan Seimbang ditulis oleh Umi Kalsum Hussain Zaki, iaitu Pegawai Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Kandungan buku ini secara ringkasberkisar tentang kepentingan makanan yang seimbang kepada kesihatan tubuh manusia.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Siapakah penender? Pihak yang mengeluarkan tender atau pihak yang mengambil tender? Siapakah pula petender?

Kategori: Puji & Tegur

Rencana yang serba sederhana ini akan memperkatakan pengertian keserumpunan, dan peran nilai budi Melayu dalam menautkan persahabatan serumpun. Apa pun, penulis hanya menyinggung selayang pandang akan peri perlunya kita, khususnya generasi belia ataupun pemuda memahami dan menghayati salah satu daripada kearifan (wisdom) dan kebijaksanaan (sagacity) serta kebaikan (virtue)orang Melayu, yakni nilai hati budi dan budi bahasa yang merupakan unsur penting bagi menautkan persahabatan yang tulus dan luhur sesama kita.

Kategori: Makalah

Seusai Majlis Syarahan Perdana bersempena Hari Pejuang Bahasa 152 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak pada 25 Februari 2016 di Kota Samarahan, sebuah Majlis Diskusi Karya Penulis Sarawak telah diadakan sebagai kesinambungan kegiatan bahasa dan sastera yang diadakan pada sebelah petangnya pula.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1046846
    Visit Today : 461
    This Month : 29444
    Total Visit : 1046845
    Hits Today : 1025
    Total Hits : 4295827
    Who's Online : 14
  • Kategori