Pada 7 Mei 2015 yang lepas, telah berlangsungnya Bengkel Memartabatkan Pengajian Melayu bertempat di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Dekan Pengajian Melayu Universiti Awam, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Warisanegara. Bengkel Memartabatkan Pengajian Melayu ini diadakan berasaskan permintaan YBhg. Tan Sri Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia bagi membincangkan masa depan […]

Kategori: Berita

Fauzi belajar melalui pembacaan dan pengalaman. Kerjaya awalnya bermula sebagai pelukis komersial di sebuah syarikat pengiklan luar di Kuala Lumpur. Tugasnya ialah menghasilkan iklan produk pada badan van komersial. Setahun bekerja di situ, Fauzi berhenti dan balik ke Perak, bekerja sebagai pelukis di sebuah syarikat pengiklanan di Ipoh.

Kategori: Bakat

"Kasih Bonda: Kampung Paya Kami" sebuah antologi puisi, namun membacanya umpama mengikuti sebuah autobiografi yang penuh nostalgia. Kenangan yang hanya tinggal sisa untuk terus diingati penyair/pelukis ini tidak mungkin kembali lagi.

Kategori: Ulasan Buku

Program Bakat Siswa 2015 peringkat akhir telah berlangsung di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka. Program yang dianjurkan bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan kali yang ke-8 diadakan bagi menanam semangat mencintai dan menghargai khazanah bangsa, khususnya bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Kategori: Berita

Program Memperkasa Sastera di Sekolah Peringkat Parlimen Kampar telah berlangsung di SMK Seri Kampar, Perak. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Kampar.

Kategori: Berita

Pameran lukisan Gema Hati yang menghimpunkan karya seni lukis dua orang pelukis, Mazlan Noor dan Hasan Majid, mantan pereka bentuk di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah berlangsung di Galeri Riong, Berita Harian.

Kategori: Berita

Pada 30 April 2015, Majlis Pelancaran Buku Perubatan telah diadakan di Bilik Kuala Lumpur, Aras 5, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) baru-baru ini.

Kategori: Berita, Featured

Seperti pada tahun-tahun yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut terlibat dalam menjayakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL 2015).

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1061190
    Visit Today : 341
    This Month : 9443
    Total Visit : 1061190
    Hits Today : 1077
    Total Hits : 4357409
    Who's Online : 11
  • Kategori