Oleh Adnan Abd Jamil

Program Memperkasa Sastera di Sekolah Peringkat Parlimen Kampar telah berlangsung di SMK Seri Kampar, Perak pada 18 & 19 April 2015. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Kampar. Program selama dua hari itu diadakan bagi memupuk minat dan kecintaan pelajar sekolah terhadap Sastera Melayu dalam pelbagai genre meliputi sajak, puisi Melayu tradisional, drama dan sebagainya agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

1

Acara apresiasi puisi pelajar sekolah menengah.

Di samping itu, program juga bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang aspek penghayatan sastera secara teori dan amali di luar bilik darjah melalui pendekatan yang lebih menarik dan menghiburkan. Pelajar sekolah, khususnya kanak-kanak berpeluang untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman kreatif serta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan agar mereka menjadi insan yang berpengetahuan, berkeyakinan diri, kritis dan kreatif serta berketerampilan. Kemahiran berbahasa dapat ditingkatkan melalui penghayatan karya sastera yang memerlukan penguasaan dalam pengucapan serta penulisan kreatif; membina dan memperluas khalayak sastera dalam kalangan generasi muda ke arah memperkasa bahasa, sastera dan persuratan Melayu.

PERASMI

YB Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohd Radzi, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak berucap merasmikan program.

Pelbagai acara diadakan bagi mengisi program selama dua hari itu. Pada hari pertama, berlangsung acara seronoknya membaca bagi kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah tahap satu. Seronoknya membaca merangkumi persembahan boneka, kuiz, pertandingan mewarnakan gambar dan pantas jawi. Seterusnya, diadakan program mekar puisi dan apresiasi puisi moden.

Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran menyampaikan cenderamata kepada Dato' Nolee Ashilin.

Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Nolee Ashilin.

Majlis perasmian berlangsung pada sebelah petang. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohd Radzi, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak. Menurut beliau, usaha Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan program ini merupakan usaha yang terpuji dan patut dilaksanakan secara berterusan serta disokong oleh semua pihak. Kesedaran terhadap betapa pentingnya bahasa, sastera dan seni budaya bangsa perlu dipupuk agar wujud kekuatan dalam jiwa setiap anggota masyarakat, terutama golongan muda.

2

“Seronoknya Membaca” bersama-sama ahli Kumpulan Kelip-kelip DBP.

3


Peserta pertandingan sedang asyik mewarnakan gambar masing-masing.

5

Persembahan peserta pada hari akhir program.

Pada hari kedua, diadakan latihan dan bimbingan yang merangkumi program mekar puisi, apresiasi sajak dan apresiasi puisi moden. Sebelum acara penutup, diadakan pertandingan puisi tradisional bagi sekolah rendah dan pertandingan puisi tradisional bagi sekolah menengah.

 

Ruangan Maklum Balas ditutup.

  • Arkib

  • Statistik

    1054262
    Visit Today : 1207
    This Month : 2515
    Total Visit : 1054262
    Hits Today : 4125
    Total Hits : 4327643
    Who's Online : 8
  • Kategori