Nilai murni merupakan salah satu unsur yang mewujudkan keseimbangan dalam sesebuah masyarakat. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilaksanakan pada peringkat persekolahan lagi. Hal ini kerana peringkat persekolahan merupakan salah satu peringkat dalam kitaran sosialisasi setiap individu.

Kategori: Ulasan Buku

Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen dan Puisi) yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Tinggi MARA diadakan untuk mencungkil bakat penulisan dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi MARA (IPMA) dalam pelbagai jurusan pengajian.

Kategori: Berita

Seramai kira-kira 50 orang karyawan sastera siber Malaysia berhimpun dalam majlis Temu Cara E-Sastera Kedah bersama-sama Presiden E-SASTERA, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas di Hostel Bustani, Jitra, Kedah pada 15 Januari lalu. Selain dari Kedah, para pesertanya datang dari Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.

Kategori: Berita

Teater ini berkisar pada kehidupan seorang wanita Timur yang bangkit kerana wanita Timur yang lain. Atas nama feminisme, primadona bangkit dengan membangunkan dunianya sendiri dengan mengajak wanita-wanita lain yang tertindas untuk bersama-samanya bekerja bagi menampung kehidupan mereka dan keluarga. Mereka membuka tempat tari-menari dan hiburan mengikut konsep ketimuran.

Kategori: Berita

Dalam syarahannya, Prof. Dr. Teo menyindir sesetengah golongan yang mengetepikan bahasa Kebangsaan sehingga masih ada yang tidak mampu berbahasa Melayu dengan baik. Beliau berpendapat, hal ini tidak sepatutnya berlaku apabila negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

Kategori: Berita

Majlis Wacana Pemikiran Zaen Kasturi dan Dialog S.E.A Write Awards 2010 anjuran bersama Persatuan Penulis Nasional (PENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diadakan di Dewan Seminar, DBP pada 7 Januari lalu. Majlis bertujuan untuk memberikan penghargaan dan penghormatan kepada Zaen Kasturi atas kejayaan beliau meraih Anugerah S.E.A. Write Awards daripada kerajaan Thailand bagi tahun 2010.

Kategori: Berita

Namun, bak kata pepatah, “Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”, semangat yang berkobar-kobar Kelab Bola Sepak DBP terhenti apabila kelab dilanda beberapa masalah dari segi pengurusan dan pemain. Akhirnya, kata sepakat diambil oleh kedua-dua belah pihak untuk berundur daripada menyertai Liga Selangor sejak musim 2001.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1062576
    Visit Today : 305
    This Month : 10829
    Total Visit : 1062576
    Hits Today : 1075
    Total Hits : 4363860
    Who's Online : 10
  • Kategori