Sekumpulan pendukung dan peminat seni DBP mula menggerakkan langkah merancang mengadakan persembahan lakontari yang besar dengan iringan muzik gamelan dinamai Bharatayudha II. Bagi memantapkan lagi persembahan, Kumpulan Gamelan DBP mempelajari kesenian muzik gamelan di Kompleks Budaya Negara di bawah program Institut Bimbingan Seni.

Kategori: Bakat

Negeri Melaka menjadi tuan rumah acara tahunan negara, iaitu Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang akan berlangsung pada 6 Oktober 2011 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka Bandaraya Bersejarah. Slogan "BBK 2011: 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara" seiring dengan matlamat negara mengisi gagasan 1 Malaysia.

Kategori: Berita

  FUNGSI sari kata adalah untuk membantu penonton memahami dan menghayati cerita yang ditonton dengan lebih baik. Oleh itu, bayangkanlah jika kita berasa lucu apabila  menonton cerita seram kerana sari kata yang dipaparkan tidak diterjemahkan dengan betul. Contohnya, perkataan serial killer diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi “pembunuh bijirin” (cereal killer). Antara faktor kelemahan sari kata adalah disebabkan oleh kekurangan pengetahuan penulis sari kata. Ketidakupayaan penulis sari kata menguasai bahasa sasaran […]

Kategori: Puji & Tegur

BULAN April 2011 genap setahun Klik Web DBP diterbitkan secara maya. Walaupun masih setahun jagung, hasrat dan tujuan penerbitan Klik DBP dalam sisipan akhbar Berita Harian suatu ketika dahulu masih diteruskan oleh Klik Web DBP sehingga kini, cuma dalam bentuk yang berbeza. Daripada media cetak kepada media elektronik, dan bermula bulan April ini bentuk akhbar digital ini bersifat lebih interaktif.

Kategori: Editorial

Anugerah Sastera Negara (ASN) ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan bertaraf negara kepada tokoh sasterawan yang masih hidup yang menulis dalam bahasa Melayu.

Kategori: Berita

Sudut Penulis pernah wujud semasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) masih beroperasi di bangunan lamanya, dan difikirkan masih relevan serta perlu diwujudkan semula atau diberi "nafas baharu", sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa.

Kategori: Berita

Dalam makalah ini dan beberapa makalah selanjutnya, tumpuan pembicaraan diberikan kepada perkembangan pengajian Melayu, termasuk pengajaran bahasa Melayu di Republik Rakyat China. Pembicaraan awal akan menyorot segi sejarah permulaan dan perkembangan hubungan antara tamadun Melayu dengan tamadun China yang turut memberikan dampak kepada perkembangan pengajian Melayu dan pengajaran bahasa Melayu di negara besar di rantau Asia Timur itu.

Kategori: Catatan KP

Diftong bermakna gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah, seperti ai, au dan oi. Diftong boleh terletak pada awal kata, di tengah kata dan di akhir kata.

Kategori: Jawi
  • Arkib

  • Statistik

    1047227
    Visit Today : 843
    This Month : 29826
    Total Visit : 1047227
    Hits Today : 2086
    Total Hits : 4296888
    Who's Online : 19
  • Kategori