Oleh RUSDI ABD. RAHMAN

Salah satu babak Teater Puisi Tari “Primadona…. Perahu Mimpi”.

PEMENTASAN Teater Puisi Tari “Primadona… Perahu Mimpi” dipentaskan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, Johor dari 28 hingga 30 Januari lalu. Pementasan teater ini dianjurkan bersama oleh Unit Kebudayaan dan Kesenian UTM, Grup Inspirasi Unik dan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK), DUN Nusajaya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor (JKKNJ).

Teater karya Puan Rahimah Muda yang diarahkan oleh Encik Zamri Pangat ini merupakan sebuah teater amal yang bertujuan mengutip derma bagi membantu golongan kurang upaya. Pementasan teater selama tiga hari ini melibatkan seramai 150 orang pelakon termasuk pelakon adik-beradik yang terkenal, iaitu Anne Ngasri dan Bell Ngasri. Selain pelakon, tenaga produksi, kumpulan tarian dan kumpulan koir kebanyakannya dari negeri Johor. Pementasan teater ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kira Kira-kira 1,000 orang penonton menyaksikannya walaupun mereka dikenakan bayaran.

Teater ini berkisar pada kehidupan seorang wanita Timur yang bangkit kerana wanita Timur yang lain. Atas nama feminisme, primadona bangkit dengan membangunkan dunianya sendiri dengan mengajak wanita-wanita lain yang tertindas untuk bersama-samanya bekerja bagi menampung kehidupan mereka dan keluarga. Mereka membuka tempat tari-menari dan hiburan mengikut konsep ketimuran. Kisah suka duka dalam pementasan ini mudah difahami disebabkan plotnya yang ringkas, namun terkandung nilai didaktik yang berguna buat penonton.

Pementasan ini bukan sahaja berkonsepkan teater puisi tari yang menampilkan dialog dan lirik lagu yang berteraskan puisi moden dan tradisional, malahan melalui keindahan kata dalam dialog dan lagunya dapat mengungkapkan semangat perjuangan hidup. Keindahan dialog yang dituturkan mampu membawa satu pendekatan baru kepada penonton khasnya golongan muda di negeri Johor agar mendekati dan meminati teater.

Pementasan teater ini berkisar soal kisah kehidupan seorang perempuan Timur yang bangkit kerana perempuan Timur yang lain. Atas nama feminisme, Primadona membangunkan dunianya sendiri, beliau mengajar perempuan-perempuan yang tertindas untuk bersamanya bekerja menampung kehidupan mereka dan keluarga dengan membuka tempat menari dan berhibur mengikut konsep ketimuran. Kisah suka duka kelompok yang dibela oleh Primadona dalam pementasan ini mudah difahami serta plotnya yang ringkas, namun terkandung nilai didaktik yang berguna buat para penonton. Pementasan yang digabung jalin dengan unsur irama lagu-lagu berunsurkan kesedaran serta tarian dan lontaran dialog yang bertujuan mendidik membuatkan pementasan yang berlangsung dua jam ini begitu menghiburkan dalam konteks memberikan kesedaran tentang kesengsaraan serta pentingnya membantu sesama insan yang tertindas.

Seramai hampir 1,000 penonton menyaksikan pementasan ini yang diadakan sepanjang tiga hari tersebut yang juga menampilkan lakonan pelakon adik-beradik, iaitu Anne Ngasri dan Bell Ngasri. Tema dan jalan cerita yang banyak diadun melalui unsur nyanyian dan tarian dalam pementasan teater ini membawa satu pendekatan segar kepada para penonton, khasnya buat golongan muda dalam mendekati dan meminati pementasan teater terutama di negeri Johor.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050389
    Visit Today : 1234
    This Month : 32988
    Total Visit : 1050389
    Hits Today : 7370
    Total Hits : 4312131
    Who's Online : 5
  • Kategori