Oleh HAEME HASHIM  APABILA Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan Malaysia yang baharu pada Mei yang lalu, rakyat mula menuntut janji-janji PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Laungan Malaysia Baharu, hasil daripada perjuangan reformasi yang bermula pada tahun 1998 dianggap berjaya. Malaysia bakal melalui era reformasi dan perubahan. Namun, dalam mereformasi Malaysia, adakah rejim kerajaan baharu akan memberikan fokus yang signifikan pada perkembangan dan pembangunan bahasa Melayu? Dalam […]

Kategori: Bicara, Featured

Dalam dunia penerbitan buku, ada beberapa bentuk anugerah diadakan saban tahun bertujuan untuk memilih buku yang layak untuk diberikan pengiktirafan dan juga mengiktiraf editor terbaik yang menjadi individu penting di belakang tabir dalam kejayaan sesebuah penerbitan buku. Sebagai rumah penerbit yang masih gah dalam industri penerbitan buku, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) saban tahun akan menghantar pencalonan kepada urus setia yang menganjurkan anugerah buku. Pada tahun ini, pentas anugerah buku dimeriahkan dengan kejayaan beberapa judul buku terbitan DBP yang memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan dalam anugerah berkenaan.

Kategori: Berita, Featured

Peranan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama dalam urusan rasmi di negara ini sedang dicabar hebat oleh bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris secara meluas di institusi kewangan dan insurans seperti menidakkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan kewangan.

Kategori: Berita, Featured

Pada tahun 2018, konsep sambutan Hari Guru ditumpukan kepada pelaksanaan untuk menggerakkan gelombang guru seluruh negara untuk bersama-sama berganding dengan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi merealisasikan transformasi pendidikan negara, seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan dengan hal itu, bersempena dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada bulan Mei setiap tahun, forum “Kebersamaan Pemikiran Guru dalam Kemenjadian Murid” diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Mei 2018 yang lalu. Forum ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Institut Aminuddin Baki dan Bahagian Pendidikan Guru KPM.

Kategori: Berita, Featured

Tirai Mei 2018 dibuka dengan Program Pemilihan Peserta Terbaik Bakat Siswa 2018 rentetan daripada penangguhan Bengkel Pembinaan Bakat Siswa 2018: Penulisan Ilmiah pada awal Mac yang lalu. Pada bulan tersebut, peserta diberi tugasan untuk menyiapkan kertas kajian dan membuat pembentangan karya serta teori sastera.

Kategori: Berita, Featured

PADA 2 Mei 2018 yang lalu, bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Pakej Buku Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, yang merupakan tokoh pemartabat bahasa Melayu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Pada 30 April 2018 yang lalu, lawatan rasmi Duta Besar China ke Malaysia,Tuan Yang Terutama (TYT) Bai Tian dan delegasi penerbit dari China ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah memperlihatkan kelangsungan hubungan antara Malaysia dengan China yang dirangka melalui kerjasama dalam bidang diplomatik. Usaha ini telah memberikan penanda aras yang positif kepada semua pihak, terutama dalam merancakkan industri penerbitan antara kedua-dua buah negara melalui urus dagang hak cipta yang diusahakan oleh DBP dan penerbit dari China.

Kategori: Berita, Featured

Keadilan yang dibawa Islam bersifat sama rata dan menyeluruh. Tiada pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang, sama ada seseorang itu Muslim atau bukan Muslim, lelaki atau perempuan, dan golongan atasan atau golongan bawahan. Selain itu, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan dalam menilai dan membuat keputusan penghakiman seperti keadaan pesalah, matlamat hukuman, suasana sekeliling dan sebagainya.

Kategori: Featured, Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1051699
    Visit Today : 1012
    This Month : 34298
    Total Visit : 1051699
    Hits Today : 3320
    Total Hits : 4317781
    Who's Online : 8
  • Kategori