Program Bimbingan Penulisan Novel Sejarah untuk Remaja Zon Utara 2019 bersempena dengan Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2019 telah diadakan di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU), Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Januari 2019. Selain itu, Program Bimbingan Penulisan Novel Sejarah untuk Remaja Zon Utara 2019 menampilkan dua ahli panel dalam bidang kajian sejarah Malaysia dan kesusasteraan Melayu moden dari Universiti Malaya (UM), iaitu Prof Emeritus Dato’ Dr. Abdullah Zakaria dan Prof Madya Dr. Hashim Ismail.

Tepat pada masanya iaitu di tengah-tengah kegawatan bahan bacaan ilmiah santai, Unit Perkembangan Wanita, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah menganjurkan bengkel Penulisan Kreatif (Perubatan dan Kesihatan) dengan kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 23 hingga 24 Julai 2016 yang lalu.

Kategori: Berita, Sastera Kreatif

SEBELUM ini, anda telah mempelajari cara membina rangka asas cerita. Bina empat perkara asas iaitu apa, siapa, di mana dan bila.

PELAJAR yang ingin menulis pada hari ini amat bertuah. Mereka sudah didedahkan dengan asas sastera sejak dari tingkatan satu lagi. Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu telah membawa subjek sastera merentas disiplin.

Anda mungkin sudah bersedia untuk menulis kini, setelah mengikuti beberapa panduan awal untuk menjadi penulis. Anda kini rajin, membaca, mendengar, memerhati dan berfikir. Masa lapang anda tidak lagi diisi dengan aktiviti-aktiviti kosong seperti berbual kosong, 'bermain-main' di Facebook atau sekadar santai-santai tanpa faedah yang jelas. Hakikatnya, menjadi penulis memerlukan sejumlah keseriusan. Hanya mereka yang serius, pintar dan berdisiplin mampu menulis!

Bayangkan anda sedang berada di meja tulis. Komputer atau laptop menderu senyap, dengan buku nota atau kertas-kertas di sisi. Anda merenung skrin dan kursor hitam itu masih terkelip-kelip pada baris pertama. Anda masih lagi belum ada ayat pertama, bahkan aksara yang pertama juga belum ada. Mungkin juga anda sudah menaip tetapi sudah memadamkannya berkali-kali.

Ya, bagus juga anda banyak membaca. Namun, bilangan buku yang anda baca tidak menjamin anda boleh menjadi penulis yang baik. Pembaca yang baik amat berhati-hati memilih bahan bacaannya. Akal yang murni ini harus diisi dengan bahan-bahan bacaan yang berkualiti.

Kategori: Sastera Kreatif

PENULIS yang baik ialah pembaca yang baik. Kenyataan bahawa seorang penulis itu tidak suka membaca amat ironi sekali! Cara paling baik untuk menjadi penulis ialah melalui pembacaan. Mungkin ada yang bertanya begini, “Saya suka membaca tetapi mengapa saya masih tidak boleh menulis?”

  • Arkib

  • Statistik

    1045526
    Visit Today : 422
    This Month : 28125
    Total Visit : 1045526
    Hits Today : 1298
    Total Hits : 4291863
    Who's Online : 12
  • Kategori