Kemahiran Literasi Asas Kanak-kanak ditulis untuk guru pelatih, guru dalam perkhidmatan, ibu bapa serta individu yang berminat dan terlibat dalam proses mendidik kanak-kanak.

Kategori: Buku Baharu

Karya terbaru hasil nukilan Awang Sariyan, Di Denai Kehidupan memuatkan 143 buah puisi yang membawa tema seperti moral Islam, perjuangan bangsa dan negara, pembinaan akal dan budi bangsa dan agama sebagai tonggak peradaban bangsa, serta pembentukan jati diri dan wawasan bangsa, yang bertunjangkan ilmu pengetahuan.

Kategori: Buku Baharu

Nilai murni serta sifat terpuji peribadi dapat dizahirkan melalui bahan bacaan dalam bentuk pantun, sajak, syair dan gurindam. Hal ini merupakan salah satu inisiatif bagi memperkenalkan serta memesrakan remaja dengan bahan bacaan yang berunsur sastera Melayu sama ada kesusasteraan Melayu lama mahupun baru.

Kategori: Buku Baharu

Antara topik yang terkandung dalam buku ini ialah perkembangan model atom, sifat nukleus, model struktur nuklear, keradioaktifan yang meliputi pereputan alfa, beta dan gama, interaksi sinaran pengion dengan jirim, zarah asas yang membentuk jirim dan tindak balas nuklear, terutamanya pembelahan dan perlakuran dalam penjanaan tenaga nuklear. Bantuan gambar rajah yang menarik akan memudahkan proses pemahaman pembaca.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini menceritakan tentang Mila yang baru dihadiahi seekor burung murai oleh bapa saudaranya, iaitu Pak Su Azman. Pak Su Azman terjumpa burung tersebut di belakang rumahnya dalam keadaan sayap kirinya hampir patah lalu merawatnya. Burung murai itu kini telah sembuh.

Kategori: Buku Baharu

Autobiografi ini memaparkan perjalanan hidup dan kerjaya seorang jurubina yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada bidang seni bina institut pengajian tinggi khususnya dan negara amnya. Profesor Ezrin Arbi yang berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia mengikuti pengajian seni bina di Melbourne University, Australia, sebelum berhijrah ke Malaysia untuk menjadi pensyarah dan seterusnya menjadi rakyat Malaysia.

Kategori: Buku Baharu

Kumpulan cerpen ini mengangkat persoalan yang merangkumi bahasa, budaya, sejarah, kekeluargaan dan kemasyarakatan, disulami pengalaman serta pengamatan penulis. Penulis mengharapkan pembaca mendapat manfaat daripadanya dan berfikir tentang jalur kehidupan yang berbeza daripada yang biasa ditanggapi.

Kategori: Buku Baharu

Hubungan antara sastera dengan politik tidak dapat dinafikan kerana perkembangan politik turut mempengaruhi perkembangan sastera sesebuah negara. Malahan karya sastera turut diwarnai oleh unsur politik, seperti pertentangan ideologi, permusuhan, perebutan kuasa, mempertahankan kuasa dan penyelewengan kuasa.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1045797
    Visit Today : 693
    This Month : 28396
    Total Visit : 1045797
    Hits Today : 2241
    Total Hits : 4292806
    Who's Online : 9
  • Kategori