Pada 10 hingga 14 Julai 2017, bertempat di Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah diadakan program “Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu Musim Cuti 2017 DBP-PSU”. Program musim cuti semester ini diadakan secara kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Prince of Songkla University (PSU), Pattani, Selatan Thailand.
Kemeriahan Aidilfitri masih dirasai walaupun bulan Syawal hampir ke penghujungnya. Pada 18 Julai 2017 yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2017 di pekarangan Bangunan Lama DBP.Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran DBP, yang bertujuan meraikan Aidilfitri bersama-sama staf DBP, mantan staf dan rakan-rakan sinergi daripada pelbagai sektor. Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah DBP, Dato’ Haji Abdul Adzis Abas dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar.
Novel Penenun Cinta merupakan sebuah novel islamik dan merupakan novel kelima serta terakhir beliau sebelum beliau meninggal dunia. Novel ini mengisahkan tentang watak seorang imam tua yang sedang koma hingga menjadikan keseluruhan ceritanya berpaksikan kepada monolog tentang kehidupan, pengalaman dan luahan dari lubuk hati watak utamanya. Kisah imam tua sambil mengimbas kembali zaman mudanya memperlihatkan secara jelas keakraban hubungan manusia dengan Pencipta yang Maha Berkuasa. Selari dengan itu, penelitian ini akan menganalisis pesanan Ibnu Ahmad Al-Kurauwi dari perspektif teori takmilah.
BERSEMPENA dengan sambutan ulang tahun ke-12 bandar raya Miri, pelbagai acara kebudayaan diadakan pada bulan Mei. Satu daripadanya ialah Malam Pengucapan Puisi Bandaraya Miri 2017. Acara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS), dengan dukungan Kerajaan Negeri Sarawak, merupakan acara tahunan yang mengisi salah satu program dalam kalendar Miri May Fest semenjak pertama kali diadakan pada tahun 2013. Kejayaan penganjurannya sebelum ini merangsang DBPCS untuk meneruskannya pada tahun ini.
Tarian Zapin merupakan tarian tradisional Johor yang menumpukan langkah tari penuh dengan kesantunan. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun dan posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya simbol memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Tarian ini mementingkan kelembutan dan keayuan penari yang menunjukkan orang Melayu sangat mementingkan nilai sopan santun dalam kehidupan.