Oleh AIDA LIYANA YAAKOB

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika menyampaikan syarahan Negarawan.

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika menyampaikan Syarahan Negarawan.

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) menganjurkan Syarahan Negarawan Negeri Sarawak pada 13 Julai 2017 di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, DBP. Syarahan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun DBP Cawangan Sarawak yang ke-40.

Antara hadirin yang menghadiri Syarahan Negarawan.

Antara hadirin yang menghadiri Syarahan Negarawan.

Pengenalan Negarawan Negeri Sarawak dimulai oleh Ahli Lembaga Pengelola, DBP YBhg. Dato’ Seri Syed Danial Syed Ahmad, Lembaga Pengelola DBP dan disusuli dengan syarahan yang disampaikan oleh Negarawan, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. TYT membicarakan tentang kemapanan kerajaan Sarawak daripada perspektif sejarah awalnya, politik, sosiobudaya, pendidikan, dan ekonomi demi melestarikan kemantapan Sarawak sekali gus mendepani cabaran politik semasa, perpaduan kaum dan integrasi nasional.

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib menegaskan, rakyat Sarawak perlu menyedari kepentingan membina negara yang berdaya maju dan mampu bersaing dengan negara lain di rantau ini. Selain itu, rakyat harus mempersiapkan diri dan pemikiran dalam usaha melindungi diri daripada sebarang kelemahan jika mahu menjadi sebahagian daripada persekutuan yang lebih besar.

Tun Pehin menerima cenderamata berupa puisi yang dihasilkan pada tahun 1972.

Tun Pehin menerima cenderamata berupa puisi yang beliau hasilkan pada tahun 1972.

Menurut Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib lagi, penduduk Sarawak terdiri daripada berbilang kaum, berbilang bahasa dan dialek, pelbagai agama dan budaya, dengan tradisi yang penuh warna-warni. Mereka terdiri daripada 27 kumpulan etnik yang mempunyai lebih daripada 40 bahasa dan dialek yang berbeza seperti kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau, India, dan Serani. Bahasa perhubungan yang digunakan oleh mereka kebanyakannya ialah bahasa Inggeris dan bahasa ibunda etnik masing-masing tetapi bahasa Melayu masih digunakan dalam majlis-majlis rasmi.

Program turut dihadiri oleh lebih kurang 200 orang khalayak yang terdiri daripada orang kenamaan, pegawai tinggi kerajaan negeri dan persekutuan dan staf DBP.

Pada malam tarikh yang sama, diadakan Persembahan Kebudayaan Sarawak 2017 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak di Auditorium DBP .Tetamu yang turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama-sama isteri Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dan YBhg. Prof. Dato Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Persembahan Kebudayaan Sarawak 2017.

Persembahan Kebudayaan Sarawak 2017.

Persembahan berkonsepkan pementasan yang diisi dengan elemen lakonan, tarian, peragaan, muzik, nyanyian, puisi tradisi dan lagu rakyat Sarawak ini ditonton oleh lebih 600 orang penonoton daripada pelbagai lapisan masyarakat.. Persembahan ini bertujuan untuk mengapresiasi kepelbagaian seni persembahan kebudayaan Sarawak yang didukung oleh pelbagai etnik serta kaya dengan keunikan budayanya. Persembahan yang bermula pada pukul 8:30 malam berakhir pada pukul 10.00 malam.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1047820
    Visit Today : 138
    This Month : 30419
    Total Visit : 1047820
    Hits Today : 301
    Total Hits : 4299347
    Who's Online : 8
  • Kategori