Pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim tentang penubuhan Bahagian Pembudayaan Bahasa di kementeriannya, dalam sidang media pada 28 Oktober lalu, menimbulkan kesegaran semangat dan emosi pada saya (dan saya yakin pada pejuang-pejuang bahasa yang lain juga) sesudah sekian lama luka di hati kian parah. Pengumuman itu menjadi siri berita yang menggembirakan sesudah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan mengambil keputusan yang tepat dengan memansuhkan PPSMI.

Kategori: Catatan KP

Bagi sesetengah kalangan, cita-cita mengangkat martabat peradaban melalui bahasa merupakan ilusi atau mimpi sahaja. Malah masih banyak pihak yang tidak melihat adanya hubungan antara bahasa dengan kebangkitan sesuatu peradaban manusia. Bagi pejuang bahasa dan golongan yang percaya akan pentingnya bahasa sebagai asas jati diri dan besarnya peranan bahasa dalam pembentukan peradaban, pernyataan seperti pada tajuk makalah ini menjadi slogan dan obor perjuangan.

Kategori: Catatan KP

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin di majlis Pertandingan Pidato Antarbangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri pada 5 Mac 2010 membuat pengumuman bahawa pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang berjumlah 65,000 orang akan diwajibkan mengikuti kursus bahasa Melayu.

Kategori: Catatan KP

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, Perkara 152 ada kalanya seakan-akan hanya jaminan dalam dokumen atau di atas kertas. Pihak yang terang-terang menentang semangat dan kedudukan sah bahasa Melayu, dengan membuat dasar dan melaksanakan program yang menggerhanakan bahasa Melayu malah sering menjadikan Perkara 152 itu sebagai hujah bahawa kedudukan bahasa Melayu tetap terjamin.

Kategori: Catatan KP
  • Arkib

  • Statistik

    1046492
    Visit Today : 108
    This Month : 29091
    Total Visit : 1046492
    Hits Today : 180
    Total Hits : 4294983
    Who's Online : 16
  • Kategori