MENURUT Syed Hussein Alatas menerusi bukunya, Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, apabila sebuah negara dikuasai dengan masalah rasuah, ia membawa kepada kemunculan negara kleptokratis. Negara kleptokratis dikuasai oleh para kleptokrat yang melibatkan diri dalam rasuah sebagai alat pengeluaran yang utama.

Pantun ialah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak berzaman-zaman lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara.

Sastera Kebangsaan merujuk pada karya sastera yang menggunakan bahasa kebangsaan, menampilkan gambaran hidup masyarakat di Malaysia, menggambarkan kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di negara ini, serta menyumbang ke arah persefahaman dan integrasi nasional.

Sastera Kebangsaan tidak terhad kepada kaum Melayu sahaja. Hal ini dapat dibuktikan apabila penulis bukan Melayu juga mampu menghasilkan karya kreatif yang bermutu. Hal ini adalah kerana sastera kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan tanpa mengira kaum atau agama.

Perlembagaan ialah peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi pemerintahan kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai kerajaan iaitu Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan serta prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara.

Stereotaip merupakan sesuatu perkara yang sangat bahaya dalam sesuatu masyarakat. Hal ini adalah kerana stereotaip mampu mempengaruhi amalan politik di sesebuah negara. “Orang Melayu yang malas”, orang Cina yang “dapat disogok” dan orang India yang “penakut dan suka menipu” adalah antara stereotaip yang mempengaruhi sejumlah besar penduduk di Malaysia dan Singapura.

Pada tahun ini, Minggu Penulis Remaja (MPR) telah diadakan di Kampung Karyawan Malim, Perak. Program yang telah berlangsung dari 15 hingga 20 Julai 2019 telah disertai oleh seramai 22 orang peserta bagi mengasah bakat masing-masing dalam bidang penulisan cerpen dan puisi di samping mengenali dunia sastera dengan lebih lanjut. Program MPR 2019 telah dikendalikan oleh Puan Norhasmanalinda dan Encik Wan Mohd Farid, pegawai daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Setelah saya membaca dan meneliti buku Intelektual Masyarakat Membangun yang asalnya bertajuk Intellectuals in Developing Societies hasil penulisan Almarhum Syed Hussein Alatas, seorang pakar sosiologi, saya mula sedar dan terfikir akan impak negatif yang akan terjadi sekiranya tiada kelompok intelektual yang berfungsi sebagai pelopor idea pemikiran masyarakat. Oleh itu, buku ini wajib dibaca semua golongan, terutamanya mahasiswa dan anak muda.

  • Arkib

  • Statistik

    1062244
    Visit Today : 1395
    This Month : 10497
    Total Visit : 1062244
    Hits Today : 5678
    Total Hits : 4362010
    Who's Online : 14
  • Kategori